Pengendali Persib Bandung, Robert Alberts mengakui situasi di Indonesia masih belum selamat untuk memulakan latihan kerana kebanyakan penduduk disana tidak mengamalkan penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka.

Walaupun Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengumumkan saingan Liga 1 dan Liga 2 kembali bersambung pada bulan September atau Oktober ini namun Robert bimbang jadual liga domestik ditangguhkan lagi disebabkan oleh peningkatan kes wabak pandemik COVID-19.

“Ada sesuatu yang membuat saya terkejut. Saya tak melihat orang-orang di sana (Bandung) memakai pelitup muka di kawasan awam. Kebanyakan mereka tidak mengamalkan penjarakan sosial dan kerap melakukan sentuhan fizikal.

“Jika anda melihat jumlah kes yang ada, ia terus bertambah dan terdapat sebahagian orang mula melanggar perintah ‘lockdown’. Seperti di Jakarta, ramai orang ke luar dan bergerak kemana-mana yang tentu saja ada kemungkinan terjadinya penyebaran (virus) lagi,” katanya dipetik dalam laman web rasmi kelab Persib Bandung.

Melaka United
Sumber Gambar: Persib

Bagi mengelakkan dijangkiti COVID-19, beliau mewajibkan semua pemainnya memakai pelitup muka dan melarang mereka daripada bercakap dengan lebih rapat ketika menjalani latihan.

“Kami harus memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah termasuk ketika sedang melakukan latihan.

“Apabila salah seorang daripada kami dijangkiti seperti mana yang menimpa Wander Luiz, semua orang dalam pasukan ini perlu dikuarantin dan kita akhirnya tidak dapat menjalani latihan lagi.

“Jadi, pastikan anda terus memakai pelitup muka. Saya tak mahu semua pemain dan staf bersikap seolah-olah virus sudah hilang. Virus masih tersebar di luar sana.

“Kalau boleh, saya mahu mereka sedar bahawa kita perlu mengikuti protokol kesihatan seperti yang telah ditetapkan,” tegas bekas ketua jurulatih Sarawak itu.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Skuad FIFA Ranking 96 Dunia Uji Vietnam Sebelum Berdepan Malaysia Di Bukit Jalil

Media Thailand ‘Bersiul’ Kaitkan Diogo Dengan Perpindahan Ke BG Pathum United, Gaji RM548k Sebulan?

Teerasil Dangda Diundi Sebagai Penyerang Terbaik J. League