Ketika liga domestik di semua negara Asia Tenggara masih dihentikan akibat penularan wabak pandemik COVID-19, Vietnam menjadi negara yang pertama sambung saingan liga bermula pada bulan mei lepas.

Malah, mereka membenarkan perlawanan berlangsung dengan kehadiran penonton di setiap stadium memandangkan Vietnam merekodkan kadar sifar kematian wabak COVID-19 dan dianggap terkawal setakat ini.

Namun begitu, perlawanan V.League 1 yang melibatkan pasukan Hong Ling Ha Tinh menentang Hanoi FC di Stadium Ha Tinh pada hari jumaat lepas mencatat jumlah kehadiran penonton yang luar biasa melebihi jumlah kapasiti yang dibenarkan.

Situasi itu menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan pada minit ke 20 kerana pengadil mendapati tidak selamat untuk diteruskan apabila ribuan penyokong mula memenuhi kawasan trek di tepi padang.

Walaupun hanya 10,000 tiket telah dijual oleh penganjur, penyokong tuan rumah tetap memanjat pagar untuk memasuki stadium kerana tidak mahu terlepas peluang menyaksikan perlawanan menentang pasukan yang dibarisi oleh bintang skuad kebangsaan Vietnam.

ht1-1592021946
FOTO: Vnexpress

Akibat dihimpit oleh ribuan penyokong, salah seorang penyokong wanita didapati pengsan kerana mengalami sesak nafas dan gambarnya sedang dibantu untuk di bawa keluar dari stadium sempat dirakam.

Seorang wakil peminat juga dilihat terpaksa menggunakan pembesar suara untuk menenangkan keadaan dan meminta para peminat kembali ke tempat duduk penonton, namun tindakannya itu tidak diendahkan.

Ha Tinh baru saja dinaikkan pangkat beraksi di saingan utama Vietnam dengan mereka memulakan aksi musim ini tumpas kepada Viettel dan Nam Dinh. Perlawanan berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Penjaga Gol Kacukan Vietnam-Russia Ini Hampir Pasti Tidak Akan Sertai Kejohanan AFF Suzuki Cup 2020

Maya Yoshida Anggap Jurang Antara Jepun Dan Pasukan Asia Tenggara Semakin Rapat

Baihakki Khaizan Beraksi Bersama Tampines Rovers Secara Percuma