Dalam sesi bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, Datuk Haji Hamidin menjelaskan bahawa selepas pembatalan perlawanan persahabatan bertemu Bahrain, mereka kini sedang gigih untuk mencari lawan pengganti untuk mengadakan 1 perlawanan ujian sebelum berdepan pasukan UAE di Dubai.

Permintaan yang dibuat oleh ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe untuk menilai kekuatan skuad Malaysia itu nampaknya kini akan cuba dipenuhi dengan mendapatkan satu perlawanan dengan pasukan kelab di UAE.

“Kalau kami ke UAE, kami akan bergerak awal dan berdepan kelab dari sana. Kelab yang tinggi taraf tetapi ia tidak memberikan mata dalam ranking FIFA. Kalau jadi, kami akan lawan satu kelab yang sedang diusahakan,”

74580019_2512116998885049_2118018458657488896_o

Selain itu, Datuk Haji Hamidin juga tidak menolak kemungkinan bahawa perlawanan bertemu UAE itu berisiko untuk ditunda bergantung kepada situasi isu COVID-19 serta arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan UAE, mengakui pihak FAM bersedia jika ada perubahan jadual daripada pihak mereka.

Beliau juga turut memaklumkan bahawa skuad Harimau Malaya masih belum ada pengesahan bertemu pasukan Bhutan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa bulan hadapan

“Sekurang-kurangnya satu atau dua perlawanan yang bagus diperlukan sebelum berdepan UAE. Bhutan tidak.”

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Skuad Harimau Malaya Berpeluang Kaut Hampir 40 Mata FIFA Ranking Jika Menang Semua Perlawanan Bulan Mac 2020

FIFA Ranking: Malaysia Kekal Dikedudukan 154 Dunia, Palestin Muncul Sebagai ‘Biggest Movers’

10 Pasukan Sah Bersaing Dalam ASEAN Club’s Championship 2020, Tiada Wakil Dari Malaysia Dalam Edisi Sulung