Malam ini pasukan kebangsaan Malaysia akan berentap dengan pasukan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam perlawanan pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022.

Dijangkakan berpuluh ribu penyokong Harimau Malaya akan hadir memberikan sokongan kepada pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe malam ini demi untuk meneruskan perjuangan Malaysia dalam misi untuk layak secara automatik ke saingan Piala Asia 2023 khasnya.

Namun, berdasarkan maklum balas dari laman sosial RapidKL sebentar tadi, tiada sebarang lanjutan waktu perkhidmatan disediakan dan kekal seperti biasa sahaja. Perkara ini telah mengundang pelbagai reaksi dari penyokong Harimau Malaya yang memang menggunakan perkhidmatan RapidKL untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Mungkin ramai yang bertanyakan mengenai adakah sukar untuk RapidKL melanjutkan waktu perkhidmatan pada malam ini, tetapi pihak RapidKL melalui laman sosial Twitter menjelaskan bahawa tiada emel atau makluman dari mana-mana pihak berwajib untuk meneruskan perkhidmatan waktu tambahan.

Berdasarkan kemaskini tersebut, dilihat mungkin pihak FAM tidak membuat sebarang permohonan lanjutan perkhidmatan kepada RapidKL pada malam ini untuk kemudahan para penyokong Harimau Malaya datang dan pulang menggunakan perkhidmatan RapidKL.

Sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang perkembangan lanjut atau perubahan waktu lanjutan yang diterima. Kami akan mengemaskini artikel ini sekiranya menerima makluman lanjut mengenai perubahan waktu tambahan perkhidmatan RapidKL dari Stadium Nasional Bukit Jalil dari masa ke masa.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

16.67 Mata FIFA Ranking Bakal Menjadi Milik Malaysia Jika Mampu Tumpaskan Thailand Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Akira Nishino Tidak Ambil Peduli Mengenai Rekod Pasukan Thailand Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Kapten Thailand: Perbezaan Rumput Mungkin Beri Impak, Nittiphong Selanon Calon Utama Kekang Safawi-Sumareh