Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kelab Bolasepak Melaka United FC (MUFC) hari ini mengumumkan pelantikan Risto Vidaković, jurulatih dari Bosnia & Herzegovina selaku Ketua Jurulatih Skuad Hang Tuah yang baharu menggantikan Zainal Abidin Hassan.

Jurulatih berpengalaman berusia 53 tahun ini menyertai Skuad Hang Tuah dari kelab Liga 1 Indonesia, Borneo FC serta pernah membimbing beberapa kelab sekitar Eropah dan Asia selain pernah bersama skuad kebangsaan Serbia selaku Penolong Jurulatih sekitar 2006 hingga 2007.

“Selamat menyertai kami di Melaka United FC, semoga dengan pengalaman yang dimiliki Risto bakal memantapkan lagi persiapan Skuad Hang Tuah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini,” tulis kenyataan rasmi.

Antara kelab yang pernah mendapatkan khidmat beliau termasuk kelab-kelab Sepanyol seperti Murcia, Ecija Cadiz dan Betis B selain pernah membimbing kelab Honduras, Motagua, kelab Filipina, Ceres-Negros, kelab Maldives, Maziya sebelum menyertai Borneo FC.

Sepanjang bergelar jurulatih beliau telah membantu kejuaraan ‘hat-trick’ Ceres-Negros dalam saingan Philippines Football League pada 2017, 2018 dan 2019 selain membawa Maziya menjuarai Dhivehi Premier League 2020-21.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

FAM Dapat RM10 Juta Daripada Kerajaan Untuk Pembangunan Bola Sepak

Fernando Forestieri Jadi ‘Peneman’ Bergson Da Silva Di Jentera Serangan JDT

Hyuri Henrique Calon Pemain Import Kelima Selangor

Abang Kandung Anthony Martial Sah Sarung Jersi Sri Pahang