Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi mendedahkan pihaknya bakal menghentikan pengambilan pemain naturalisasi yang berusia 30 tahun ke atas sebaliknya menyasarkan pemain asing yang lebih muda di masa yang akan datang.

Menurut laporan daripada Arena Metro, fasa pertama pengambilan pemain naturalisasi negara sudah hampir selesai selepas kemasukan Liridon Krasniqi. Manakala status naturalisasi penyerang Perak, Guilherme de Paula bakal diketahui minggu hadapan.

“Setakat ini ada beberapa pemain import muda memenuhi kriteria berkenaan antaranya Romel Morales Ramirez yang kini beraksi bersama pasukan Melaka cuma tempoh dia menetap di Malaysia masih belum mencukupi.

“Kita tidak mahu lagi mengambil pemain import lebih berusia kerana mungkin khidmat mereka tidak boleh digunakan dalam tempoh lama.

“Bagi kes Liridon dan de Paula, kita sekarang ini ketandusan penyerang berbisa dan kehadiran dua pemain ini nanti boleh menyelesaikan masalah terbabit,” katanya.

Romel Morales
Romel Morales antara calon naturalisasi negara. Sumber Gambar: PKNS FC

Liridon Krasniqi dijangka akan membuat penampilan pertama dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, bulan Mac depan.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, pihaknya kini sedang berusaha untuk memastikan pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu boleh didaftarkan sebelum tarikh akhir pendaftaran pemain iaitu pada 20 Mac depan.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe akan berdepan pasukan UAE di Stadium Al Maktoum, Dubai pada 26 Mac 2020 dan tarikh itu adalah sehari selepas genap 5 tahun Liridon Krasniqi beraksi di Malaysia.

Seperti yang pernah VocketFC laporkan sebelum ini, skuad UAE juga turut mengambil beberapa pemain naturalisasi untuk skuad kebangsaan mereka seperti Sebastian Lucas Taglibue (Argentina), Caio Caneda Correa (Brazil) dan Fabio Virginio de Lima, kedua-duanya dari Brazil.

Lagi artikel menarik mengenai pemain naturalisasi negara melalui pautan dibawah.

Perak Tiada Perancangan Untuk Naturalisasikan Leandro Dos Santos

Kipre Tchetche Berpeluang Jadi Pemain Naturalisasi Harimau Malaya Pada Tahun 2021

Khalid Ali Sokong Kemasukan Liridon Krasniqi Sebagai Pemain Naturalisasi Harimau Malaya

Sumber