Penghijrahan ramai-ramai pemain Pahang?

Pemain sayap dari Indonesia, Saddil Ramdani semalam mengumumkan dalam laman instagram miliknya mengesahkan beliau tidak lagi menyarung jersi skuad Tok Gajah untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Difahamkan kontrak beliau ditamatkan atas persetujuan bersama meskipun masih mempunyai baki kontrak sehingga tahun 2020.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan, penyokong tok gajah dan rakan sepasukan dalam pasukan Pahang. Ini adalah pengalaman pertama saya sebagai pemain import, banyak yang saya belajar dalam tempoh satu tahun ini.

“Terima kasih juga kerana menerima saya selama menyarung jersi kebanggaan rakyat Pahang, saya doakan semoga Pahang mencapai kejayaan yang lebih gemilang selepas ini,” tulisnya dalam laman instagram.

Turut mengikut jejak langkah yang sama ialah pemain pertahanan kiri, Zubir Azmi. Pemain yang berasal dari Terengganu itu mengakui sukar untuk meninggalkan suasana di Stadium Darul Makmur sepanjang beraksi bersama skuad Tok Gajah selama 3 tahun.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusan Pahang fa, rakan sepasukan dan juga penyokong pahang yg disayangi di atas kenangan pahit-manis selama 3 tahun ini (2017-2019).

“Maaf sekiranya ada salah laku sepanjang saya berkhidmat bersama pasukan hebat ini. Saya dan keluarga pasti merindui suasana di stadium darul makmur,” tulisnya.

Situasi itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong sama ada pasukan Pahang mempunyai masalah dari segi kewangan sehingga terpaksa melepaskan beberapa tonggak utama seperti Safuwan Baharuddin walaupun masih mempunyai baki kontrak selama setahun.

Pada musim ini, Pahang menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua dan mara sehingga peringkat separuh akhir dalam Piala FA dan Piala Malaysia.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan skuad tok gajah melalui pautan dibawah.

Safuwan Baharudin Sah Angkat Kaki Daripada Skuad Tok Gajah Musim Depan

Dickson Nwakaeme Belum Pasti Sarung Jersi Skuad Tok Gajah Musim Depan

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group