Penyerang import skuad The Bos Gaurus, Guilherme De Paula mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan apabila tampil dengan wajah baharu tanpa jambang ketika menjalani ujian calitan (swab test) wabak COVID-19 bersama rakan sepasukan beberapa hari lepas.

Perkembangan itu didedahkan melalui paparan di laman instagramnya sehingga membuatkan para peminat tertanya-tanya siapakah lelaki tersebut kerana wajahnya cukup berbeza dan kelihatan lebih muda.

Sudah hampir 4 bulan saingan Liga Malaysia direhatkan susulan penularan wabak pandemik, para penyokong Perak sendiri hampir tidak mengenali bekas pemain Kuala Lumpur itu.

Tinjauan di media sosial mendapati beberapa para peminat memberikan komen lucu dengan menyamakannya dengan wajah pelakon dari Amerika (Tony Dalton) dan penyanyi British, Freddie Mercury serta kartel dadah dari Colombia, Pablo Escobar.

Penampilan terbaharu itu pasti membangkitkan semangat De Paula untuk mempamerkan aksi terbaik apabila saingan Liga Malaysia bersambung semula pada bulan September nanti.

Lebih menarik, De Paula juga antara calon naturalisasi skuad Harimau Malaya namun Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, menjelaskan mereka masih menunggu kelulusan daripada Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

“De Paula ini kita tengah menunggu kelulusan daripada FIFA. Ia kerana ada sedikit tempoh dalam lima tahun itu, dia ada main di Cyprus untuk lima bulan.

“Tetapi, ada kes sebelum ini di konfederasi lain berjaya dilepaskan kes ini, jadi kita masih menunggu daripada Fifa untuk mendapatkan keputusan. Liridon pula memang ‘kemas’ lima tahun,” katanya yang mendedahkan masalah sebenar dihadapi de Paula.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Shin Tae-yong Mula Kecewa Dengan Sikap PSSI, Akui Tidak Tahan Lagi

Media Thailand ‘Bersiul’ Kaitkan Diogo Dengan Perpindahan Ke BG Pathum United, Gaji RM548k Sebulan?

Stadium Ras Abu Aboud Ini Dibina Menggunakan Konsep Kontena, Mirip Gaya ‘Food Court’ Hipster Di Malaysia