Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan tiada sebarang kriteria khas bagi pengganti kepada ketua jurulatih skuad bawah 19 tahun negara, Bojan Hodak yang akan tamat kontraknya pada Julai ini.

Perkara ini disuarakan oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dimana beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Teknikal FAM untuk mencari pengganti Bojan.

Bojan Hodak
Sumber Gambar: FAM

“Apa yang boleh saya katakan individu yang bakal menggalas jawatan itu perlu mengetahui identiti bola sepak Malaysia dan mampu memenuhi visi serta misi yang ditetapkan FAM sebelum ini.

“Saya tidak boleh beritahu kriteria yang diperlukan kerana perkara itu adalah dibawah kuasa jawatankuasa teknikal FAM,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Kontrak Hodak yang berakhir pada Julai ini dijangka tidak akan disambung oleh FAM dan badan induk bola sepak negara itu bakal mencabar jurulatih baru untuk mengemudi skuad bawah 19 tahun negara.

Ini kerana tindakan Bojan yang mengkritik sistem bola sepak negara selepas pasukan bimbingannya gagal menyinar dalam saingan Piala Sanix pada April lalu.

Kritikan Bojan turut mengundang kemarahan bekas pemain skuad kebangsaan seperti Datuk Jamal Nasir.