Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) diarahkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk membayar tunggakan gaji bekas pemain import mereka, Cassio Francisco de Jesus berjumlah USD145,944.60 atau sekitar RM631,000.

Kegagalan menyelesaikan tunggakan gaji tersebut turut menyebabkan pasukan ini berdepan risiko digantung oleh badan induk bola sepak dunia itu dan bakal berkubur seperti pasukan Perlis.

Setiausaha Agung KAFA, Hussin Deraman mengakui pihaknya sudah menghubungi beberapa jutawan dan individu yang berpengaruh dari Kelantan namun semuanya seperti tidak berminat untuk memberikan bantuan meringankan beban kewangan persatuan itu.

“Sejujurnya saya beritahu setakat ini sumbangan daripada individu jutawan atau hartawan kurang malah apabila kita berjumpa mereka mengharapkan dapat membantu namun sehingga hari ini tidak memberikan maklum balas.

“Saya akui memang Kelantan terkenal dengan ramai jutawan dan usahawan namun jika mereka tidak mahu menghulurkan sumbangan, Kafa tidak boleh paksa kerana itu adalah hak masing-masing.

“Sememangnya Kafa ketika ini melalui situasi sukar dan akan meneruskan kutipan derma bagi memastikan dapat mengumpul jumlah yang diperlukan untuk membayar hutang itu,” katanya seperti dipetik dalam Arena Metro.

D0F3B2FB-7776-4E97-99DA-19D3126F9048

FOTO: KAFA

Situasi itu menyebabkan KAFA terpaksa melancarkan tabung derma atas talian untuk mengumpulkan dana menjelaskan bayaran tersebut. Setakat ini berjaya mengumpul kira-kira RM13,000.

Lebih bertambah malang lagi, syarikat After Image Sdn. Bhd. telah manarik diri sebagai rakan kongsi rasmi pasukan berkuatkuasa serta-merta mulai hari ini.

Datuk Wan Rakemi Wan Zahari selaku Pengarah Urusan Team Red Warriors (TRW) Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab mengendalikan pasukan Kelantan FA musim 2020 juga telah meletakkan jawatan.

Beliau turut melepaskan semua jawatannya sebagai Exco Eksekutif dan Bendahari KAFA.

Baca artikel lain mengenai isu tunggakan gaji yang melibatkan pasukan Kelantan seperti dilaporkan sebelum ini.

KAFA Terpaksa Jadi ‘Pengemis’ Kerana Sayangkan Bola Sepak Kelantan

Skuad Piala Belia Dan Piala Presiden Kelantan 2019/2020 Pula ‘Mengadu’ Tidak Dibayar Gaji Di Media Sosial

Tiada Perlawanan Menyebabkan KAFA ‘Hilang’ RM100,000 Setiap Perlawanan, Pemain Mungkin Dipotong gaji

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group