Skuad kebangsaan Malaysia bimbingan Tan Cheng Hoe akan berdepan dengan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Hari Raya Aidilfitri tahun hadapan jika kekal berada dalam kedudukan 12 tercorot AFC mengikut FIFA Ranking.

Menurut jadual kejohanan AFC yang telah dikeluarkan sebelum ini, 12 pasukan tercorot AFC akan beraksi dalam pusingan pertama bagi menentukan 6 pasukan yang akan menyertai undian pusingan kedua yang terdiri dari 40 pasukan.

Screen Shot 2018-11-19 at 2.46.45 PM

Merujuk kepada kalendar diatas, perlawanan pembukaan bagi pusingan pertama akan berlangsung pada 6 Jun 2019 dan perlawanan timbal balik akan diadakan pada 11 Jun 2019.

Balang undian pula akan dibahagikan kepada 5 dan pot 5 bakal menjadi destinasi skuad kebangsaan jika tiada peningkatan dari kedudukan ranking.

Namun, pada pusingan ke 2 akan diadakan undian bagi menentukan kedudukan pasukan dalam setiap kumpulan. Undian kali ini akan menggunakan FIFA Ranking yang terbaru sebelum undian dijalankan.

Nota: Pada pusingan kelayakan sebelum ini, undian pusingan pertama ditentukan menggunakan FIFA Ranking bulan Januari 2015 dan undian pusingan kedua menggunakan FIFA Ranking April 2015.

Pasukan India walaupun pada Januari 2015 berada dalam kedudukan 12 tercorot, namun berjaya memecah masuk ke pot 3 (24 terbaik).

Dimana Kedudukan Malaysia Pada Kemaskini Terbaru 25 Oktober 2018

Mengikut kemaskini terbaru pada 25 Oktober 2018 yang lalu, Malaysia telah mengutip 974.02 mata dan berada diranking 169 dunia dan 35 Asia dari 46 pasukan.

Ini jelas menunjukkan bahawa skuad Malaysia berada dalam kedudukan 12 tercorot dan perlu keluar segera untuk mendapat tempat yang lebih baik dalam balang undian yang akan dijalankan nanti.

 

Melihat kepada kutipan mata dalam kejohanan AFF Suzuki Cup 2018 ini, Malaysia hanya mampu menggunakan peluang untuk memperolehi mata maksimum dalam 1 perlawanan bertemu Laos sahaja dan tewas 0-2 kepada Vietnam.

Kedua-dua perlawanan ini berada dalam kalendar FIFA Days, dan seperti yang semua tahu kejohanan AFF Suzuki ini adalah bertaraf ‘friendly‘ sahaja, maka jika perlawanan tersebut berlangsung dalam kalendar FIFA Days, mata yang diperolehi mempunyai magnitud 2 kali ganda lebih besar.

Screen Shot 2018-11-19 at 3.05.44 PM
12 Pasukan Tercorot AFC pada 25 Oktober 2018

Apa yang penting ketika ini adalah mengutip sebanyak mungkin mata dalam kejohanan AFF Suzuki 2018.

Jika layak ke perlawanan akhir dan muncul juara, kita akan mempunyai 5 perlawanan lagi termasuk perlawanan bertemu Myanmar, ini merupakan platform terbaik untuk keluar dari 12 pasukan tercorot AFC menjelang kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 – jika format yang sama masih digunakan.