Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe hari ini mengumumkan Sukan Olimpik 2020 yang dijadualkan berlangsung di Tokyo pada bulan Julai ini telah ditunda ke tahun depan berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat setiap hari.

Abe dan gabenor Tokyo, Yuriko Koike membuat keputusan tersebut setelah berbincang bersama Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach melalui perbualan video.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah, sukan Olimpik telah ditunda dan pernah dibatalkan ketika zaman peperangan. Keputusan akhir tersebut dibuat setelah mendapat persetujuan daripada badan eksekutif IOC.

Bantahan terhadap penganjuran temasya sukan terbesar itu semakin memuncak sejak 48 jam lalu selepas beberapa peserta utama menggesa ia ditangguhkan akibat pandemik yang melanda dunia sekarang.

Antara lain, pasukan olahraga US Track and Field dan UK Athletics bersama beberapa jawatankuasa Olimpik kebangsaan sudah menyuarakan bantahan atau permintaan untuk menangguhkannya.

Selain negara Kanada yang mengumumkan tidak akan menghantar atlet ke Tokyo, Majlis Olimpik Australia (AOC), berkata adalah lebih baik sekiranya Sukan Olimpik Tokyo diadakan pada 2021

Lebih 13,000 orang maut di serata dunia sejak wabak COVID-19 bermula akhir Disember lalu.

Baca artikel lain berkaitan dengan penularan wabak coronavirus sehingga menjejaskan aktiviti bola sepak. 

COVID-19: FFA Bakal Umumkan Penangguhan A-League Pada Hari Esok

COVID-19: Giliran Liga Kemboja Ditangguhkan, Liga Singapura Dan Liga Myanmar Tetap Berjalan Seperti Biasa

Kelab Liga Super China ‘Sangkut’ Di Sepanyol, Dua Bulan Tidak Pulang Kerana Coronavirus