Pemain pertahanan Vissel Kobe, Thomas Vermaelen menegaskan kelabnya tidak mempunyai sebarang sasaran dalam musim pertama mereka beraksi di pentas AFC Champions League.

Kobe membuka tirai ACL menentang wakil tunggal Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim di Stadium Misaki Park hari ini dan juara Emperor’s Cup 2019 itu menjadi salah satu pasukan pilihan untuk mara ke pusingan seterusnya.

Namun Vermaelen menegaskan Vissel tidak menyasarkan kejuaraan kerana pasukan tidak berada pada kekuatan penuh.

Thomas Vermaelen

Sumber Gambar: The Telegraph

“Kita tidak menyasarkan kejuaraan. Kami sedikit bergelut dengan pemain asing dimana hanya tiga pemain yang boleh didaftarkan. Perkara itu nyata sedikit mengecewakan.

“Oleh itu, pasukan tidak mempunyai kekuatan penuh namun kita akan lihat apa yang berlaku nanti.

“Musim lalu kami memenangi Emperor’s Cup dan baru-baru ini meraih trofi Super Cup. Jika kita mampu menewaskan juara J1 League, mengapa kita tidak mempunyai keyakinan sama untuk beraksi dalam saingan Champions League,” kata Thomas Vermaelen.

Pada masa yang sama, bekas pemain Barcelona itu mengakui beliau tidak begitu mengenali JDT serta tidak sabar untuk beraksi buat kali pertama dalam saingan ACL.

“Secara peribadi kami tidak begitu mengenali pasukan lawan dan kami perlu mengkaji corak permainan mereka.

“Saingan ACL merupakan perkara baru untuk saya dan saya tidak tahu bagaimana saya akan menghadapinya. Jadi saya akan mengalami semua ini pada Rabu (hari ini),” tambah Vermaelen.

Selain diundi bersama JDT, Vissel Kobe turut diundi bersama Suwong Samsung Bluewings (K-League) dan Guangzhou Evegrande (CSL).

Baca artikel lain mengenai perlawanan antara Johor Darul Ta’zim menentang Vissel Kobe di sini:

Vissel Kobe: JDT Tidak Boleh Dipandang Sebelah Mata, Diramal Guna Formasi 3-4-2-1 Serta ‘Takumi’ Iniesta-Douglas Kunci Utama

ACL 2020: Ramalan Kesebelasan Utama JDT Dan Vissel Kobe

Empat Pemain Vissel Kobe Yang Harus Diberikan Perhatian Khusus Oleh JDT

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group