Thomas Muller akhirnya menamatkan spekulasi masa depannya bersama Bayern Munich. Bekas pemain kebangsaan Jerman tersebut memeterai perjanjian baharu bersama kelab untuk membolehkan beliau kekal sehingga 2023.

Muller sebelum ini dikaitkan dengan banyak pasukan termasuk Chelsea di England.

Presiden Bayern Munich, Herberter Hainer melabel Thomas Muller adalah simbol kepada Bayern Munich, ibarat Oktoberfest yang menjadi simbol negara Jerman.

Muller merupakan pemain yang dihasilkan dari akademi Bayern Munich. Beliau kemudian membangun sebagai pemain bintang dengan sangat cepat.

Keupayaan luar biasa beliau dalam ruang membuatkan Muller digelar raumdeuter oleh Louis Van Gaal.

Muller memahatkan namanya dalam sejarah Jerman apabila menjadi penyerang ketiga dalam sejarah menjaringkan sekurang-kurangnya 5 gol dalam dua penampilan pertama di dalam Piala Dunia.

Beliau kini terikat dengan Helmut Rahn, menjaringkan 10 gol di kancah Piala Dunia.

Muller menjadi nadi penting dalam membantu Jerman menjuarai Piala Dunia 2014 di Brazil.

Pada Selasa, Thomas Muller bersetuju untuk terus kekal bersama dengan juara bertahan Bundesliga, Bayern Munich.

Pemain berusia 30 tahun itu sudah bermain seluruh karierynya di Bayern Munich dengan 521 penampilan. Beliau juga mencatatkan 195 gol serta 146 gol untuk Bayern,

Muller mendapat debut untuk Bayern Munich pada 2008 dan beliau menjadi pemain utama pasukan dalam sekejap sahaja kerana kualitinya.

Hainer berkata: “Sudah pastinya ini berita yang sangat baik dan saya sangat gembira mendengarnya.”

“Thomas Muller adalah hero, simbol kepada Bayern Munich. Beliau bermain bersama Bayer di sepanjang kariernya. Dan beliau kembali mendapatkan rentaknya semula di bawah kendalian Hansi Flick.”

“Beliau sudah mencipta banyak assist, pemain yang luar biasa. Dan saya rasa, Thomas Muller memang milik Bayern Munich, seperti mana Oktoberfest yang menjadi milik Munich.”

Majlis menandatangani kontrak baharu itu dilangsungkan dengan cara social distancing untuk terus memberikan kesedaran pentingnya menjarakkan diri ketika koronavirus.

Rasanya itu bukan masalah besar buat Thomas Muller yang memang terkenal dengan kebijaksanaannya mencipta ruang di atas padang.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Eropah:

Messi Bukan Penyelesaian Masalah Serie A Yang Tak Pandai Buat Duit

Walker Adakan Pesta Seks Di Tengah Lockdown, Man City Ambil Tindakan

Lazio, Kisah Gergasi Yang Tersungkur Kerana Pengurusan Kewangan Lemah