Bekas ketua jurulatih Sri Pahang, Thomas Dooley menegaskan beliau bersedia untuk membantu pasukan itu sekiranya pihak pengurusan memerlukan pandangan beliau.

Dooley membuat kenyataan buat kali pertama setelah direhatkan ekoran prestasi yang kurang memberangsangkan pada dua perlawanan awal Liga Super iaitu ketika bertemu Perak dan Selangor.

Thomas Dooley
Sumber Gambar: Sri Pahang

“Perancangan mereka (pengurusan) masih sama. Kami masih tidak dapat bersama pasukan, kami direhatkan

“Jadi saya sedang cuba mendapatkan pekerjaan di serata dunia tetapi kalau mereka (Pahang) mahu mendapatkan pandangan saya, sebagai rakan mengapa tidak,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Thomas Dooley turut mendedahkan pihak pengurusan tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan pada dua perlawanan tersebut dan beliau diminta agar menjauhi pasukan.

“Saya menerima mesej dan panggilan daripada pemain yang bertanyakan apakah yang terjadi tapi saya tidak boleh mendedahkannya.

“Saya tidak mahu campur tangan (lagi) memandangkan pasukan perlu memberi fokus kepada bola sepak,” tambahnya.

Meskipun merehatkan Dooley dan tugas sebagai ketua jurulatih kembali digalas oleh Dollah Salleh, namun Sri Pahang masih lagi bergelut dimana ketika ini mereka menduduki tangga ke-11 dengan kutipan 5 mata.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Pemerhati Bola Sepak Anggap Kelantan, Melaka Mampu Jadi Seperti JDT

Sharbinee Allawee Pernah Terfikir Hendak Bersara Selepas Keluar Dari Pahang

Azraai Khor Abdullah: Liga M3 Atau Piala Presiden Lebih Baik Buat Skuad Projek FAM-MSN