Bekas pemain skuad Piala Dunia Amerika Syarikat (USA) kelahiran Jerman iaitu Thomas Dooley kini merupakan Ketua Jurulatih pasukan Sri Pahang FC dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Dooley mengesahkan perkembangan itu melalui kenyataan di laman instagramnya dan beliau akan memulakan tugas pertamanya mulai hari esok. Beliau akan dibantu oleh Dollah Salleh yang dinaikkan pangkat sebagai pengurus pasukan.

https://www.instagram.com/p/CJk-OWyJWtV/?utm_source=ig_web_copy_link

“Memang benar Dooley berada di Kuantan dan bertemu pegawai PBNP, barisan kejurulatihan dan pemain. Isnin ini, dia (Dooley) akan memulakan tugas pertamanya selaku ketua jurulatih Sri Pahang FC,” kata sumber daripada PBNP dipetik dalam Berita Harian. 

Nama Thomas Dooley cukup terkenal pada era 90-an kerana ketika zamannya sebagai pemain, beliau merupakan kapten skuad Piala Dunia USA pada tahun 1994 dan 1998. Malah, beliau juga pernah membantu USA raih gelaran naib juara CONCACAF Gold Cup pada tahun 1993 dan 1998.

Selain itu, beliau juga mempunyai pengalaman beraksi dengan beberapa kelab terkemuka di Jerman iaitu Bayer Leverkusen dan Schalke 04. Lebih menarik, beliau pernah dilantik sebagai pembantu jurulatih skuad kebangsaan USA pada tahun 2011 hingga 2012.

dooley

Dooley juga bukanlah asing bagi peminat bola sepak Asia Tenggara kerana sebelum ini beliau pernah menjadi ketua jurulatih skuad kebangsaan Filipina pada tahun 2014 hingga 2018.

Selepas kontraknya di Filipina ditamatkan, Dooley kemudian dilantik sebagai pengarah teknikal kelab Viettel FC yang merupakan juara Liga Vietnam 1 dan berjaya meraih tiket automatik ke peringkat kumpulan AFC Champions League 2021.

Selain Thomas Dooley, Pahang turut menerima permohonan daripada beberapa jurulatih lain iaitu Eduardo Almeida (Semen Padang), Risto Vidakovic (Ceres Negros) and Milomir Seslija (Arema FC).

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Pemain Tengah Singapura Bakal Sertai Kedah

ZamSaham Belanja Lebih RM600 Ribu Selesaikan Tunggakan Gaji Bekas Pemain

Bekas Penyerang Persebaya, David Da Silva Sah Menyertai Terengganu FC