Bekas Ketua Jurulatih Sri Pahang, Thomas Dooley kembali semula ke Asia Tenggara apabila diumumkan sebagai pengendali baharu skuad kebangsaan Filipina. Beliau akan menggantikan tempat Scott Cooper yang telah letak jawatan beberapa hari lepas.

Dooley dipilih berdasarkan pengalamannya yang pernah membawa skuad Filipina layak ke Piala Asia 2019 secara merit selain pernah melatih pasukan itu sejak tahun 2014.

Selepas kontraknya di Filipina ditamatkan, Dooley kemudian dilantik sebagai pengarah teknikal kelab Viettel FC yang merupakan juara Liga Vietnam 1 2020.

Beliau kemudian menyertai Tok Gajah sebagai Ketua Jurulatih pada musim 2021 namun khidmatnya tidak bertahan lama ekoran prestasi merosot yang dipamerkan oleh Sri Pahang.

Nama Thomas Dooley cukup terkenal pada era 90-an kerana ketika zamannya sebagai pemain, beliau merupakan kapten skuad Piala Dunia USA pada tahun 1994 dan 1998. Malah, beliau juga pernah membantu USA raih gelaran naib juara CONCACAF Gold Cup pada tahun 1993 dan 1998.

Selain itu, beliau juga mempunyai pengalaman beraksi dengan beberapa kelab terkemuka di Jerman iaitu Bayer Leverkusen dan Schalke 04. Lebih menarik, beliau pernah dilantik sebagai pembantu jurulatih skuad kebangsaan USA pada tahun 2011 hingga 2012.

Tugas berat sedang menanti Dooley apabila beliau hanya mempunyai masa 2 minggu untuk mempersiapkan pasukan Filipina bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia 2023 di Mongolia pada bulan Jun depan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Bangladesh Jadikan Indonesia Medan Ujian Sebelum Bertemu Harimau Malaya

Tragedi Sukan SEA: Pemain Kemboja Hampir Maut Tertelan Lidah

ACL 2022: Chanathip Terkilan Kawasaki Frontale Gagal Lepasi Peringkat Kumpulan