Skuad Tok Gajah bakal menghadapi Melaka United dalam saingan Liga Super malam ini tanpa kelibat ketua jurulatih, Thomas Dooley apabila pengendali dari Amerika Syarikat itu dilaporkan telah ‘direhatkan’ bersama pembantunya, Christopher Gamel.

Tugas Dooley dijangka akan digalas oleh pengurus pasukan, Dollah Salleh dalam usaha untuk mengutip 3 mata penuh setelah mereka mencatat dua kekalahan berturut-turut ketika menentang Selangor dan Perak.

Langkah pengurusan pasukan Sri Pahang FC (SPFC) merehatkan jurulatih itu turut mengundang pelbagai kecaman dalam kalangan peminat setia di laman media sosial. Kebanyakan penyokong menyifatkan ia satu tindakan yang kurang bijak dan tidak realistik dengan kualiti barisan pemain yang sedia ada.

https://twitter.com/baimbaha_/status/1370377147966177280

https://twitter.com/itsdadadada/status/1370358309874589698?s=20

Dooley memulakan tugas pertamanya pada 5 Januari 2021 dan hanya sempat melatih pemain selama 8 hari sebelum Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 13 Januari. Kemudian, PKP dilanjutkan sehingga 18 Februari sekaligus menyukarkan pemain untuk turun menjalani latihan.

Justeru itu, beliau hanya mempunyai 15 hari untuk membentuk keserasian pemain termasuk mengadakan 3 perlawanan persahabatan menjelang tarikh sepak mula Liga Malaysia musim 2021 pada 5 Mac lepas.

doolet
Thomas Dooley mengendalikan sesi latihan Pahang pada 5 Januari 2021.

Jika Dooley ditamatkan kontrak sebagai ketua jurulatih, pengurusan SPFC pasti perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk membayar baki kontrak sebagai pampasan penuh berikutan pemecatan jurulatih itu.

Sedangkan wang tersebut sepatutnya digunakan untuk naik taraf fasiliti latihan seperti mana yang dikritik oleh Dooley sebelum ini.

Bagaimanapun, setakat ini tiada kenyataan rasmi mengenai status Thomas Dooley serta pembantunya dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang menerusi laporan dalam Berita Harian tidak mahu pasukannya mengalami kekalahan ketiga malam ini.

“Walaupun beraksi di tempat lawan, Sri Pahang tidak boleh lagi kalah. Saya harap semua pemain dapat membentuk persefahaman yang lebih baik.

“Pemain perlu menggandakan usaha dan prestasi mereka untuk memadam kekecewaan tewas 1-3 kepada Selangor FC dan Perak FC (0-2).

“Bagi saya kesebelasan utama yang disenaraikan perlu memanfaatkan segala peluang untuk mencatat kemenangan pertama,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Selangor Diminta Beri Penjelasan Mengenai “Hormat Tiga Jari” Hein Htet Aung

Statistik Ringkas Perlawanan Kedua Liga Super 2021

Aksi Bertenaga Izreen Izwandy Dapat Pujian Bojan Hodak

Penyokong Kuala Lumpur ‘Bengang’ Dengan Pengurusan Pasukan, #TAMKeterehOut Jadi Perhatian