Ketua pasukan BG Pathum United, Thitiphan Puangjan berazam untuk membawa kelabnya beraksi dalam saingan AFC Champions League (ACL) musim hadapan.

Thitiphan, yang kembali beraksi bersama BG setelah menjalani tempoh pinjaman bersama kelab J. League, Oita Trinita musim lalu menyatakan dengan benteng pertahanan yang kukuh, barisan tengah yang versatile dan barisan serangan yang tajam mampu untuk membawa BG ke saingan tertinggi kelab di rantau Asia itu.

Skuad bimbingan Dusit Chalermsan memulakan saingan Thai League 1 musim ini tanpa sebarang kekalahan setakat ini, mengutuip 10 mata dan menduduki tempat keempat.

Thitipan Puangjan
Sumber Gambar: BG Pathum United

“Kami hampir 100 peratus bersedia. Kini hanya tinggal jurulatih untuk menentukan taktikal dan juga pemain yang akan membarisi kesebelasan utama.

“Kami berharap dapat mengekalkan momentum terbaik seperti empat perlawanan sebelumnya. Pemain telah berehat panjang, oleh sebab itu kami telah membuat beberapa perubahan. Saya berharap pemain baharu dapat menyesuaikan diri dengan pemain sedia ada agar kami dapat menampilkan persembahan terbaik.

Thitiphan Puangjan
Penyerang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha menjadi salah satu penggempur utama BG Pathum. Sumber Gambar: BG Pathum United

“Sasaran yang kami letakkan sudah pasti beraksi di saingan AFC Champions League (ACL). Melihat kepada penambahan pemain baharu, kami harus memenangi tiket automatik ke kejohanan itu,” kata Thitiphan Puangjan.

BG Pathum menandatangani beberapa muka baharu bagi memperkuatkan pasukan antaranya bekas pertahanan berpengalaman Buriram United, Andrez Tunez dan bekas ketua pasukan Muangthong United, Sarach Yooyen. Di bahagian serangan, BG turut diperkuat oleh penyerang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha.

Baca artikel lain mengenai BG Pathum United di sini:

Naib Presiden BG Pathum United Nafi Kelab Mahu Tandatangani Diogo Luis Santo

BG Pathum United Buru Khidmat Bekas Pemain Pahang, Chan Vathanaka

BG Pathum United Sasar Beraksi Di AFC Champions League Musim Hadapan