Pemain tengah skuad kebangsaan Thailand, Thitipan Puangchan menyatakan sehingga saat ini beliau tidak boleh melupakan kekalahan kepada Malaysia pada perlawanan separuh akhir saingan Piala AFF Suzuki 2018 lalu.

Menurut Thitipan, kekalahan di laman sendiri pada perlawanan separuh akhir kedua menjadi salah satu detik yang diingati sepanjang menyarung jersi skuad Gajah Perang itu.

Thitipan Puangchan
Sumber Gambar: Sports442.com

“Sehingga saat ini, kekalahan di tangan Malaysia pada separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018 menjadi salah satu nasib malang dalam karier saya.

“Pada perlawanan menentang Malaysia, kami mahu meraih kemenangan namun gagal berbuat demikian apabila hanya meraih keputusan seri sekaligus terkeluar dari saingan.

“Kami mempunyai peluang namun gagal untuk memanfaatkan peluang yang ada. Seluruh pasukan dan juga peminat bersedih kerana kami tidak dapat melangkah ke perlawanan akhir,” kata Thitipan.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Rajamangala, Thailand memiliki peluang keemasan minit-minit akhir permainan dimana mereka dihadiahkan sepakan penalti.

Akan tetapi, Adisak Kraisorn gagal menyempurnakan sepakan tersebut sekaligus memberi laluan kepada Malaysia untuk mara ke perlawanan akhir setelah memenangi pertandingan dengan peraturan jaringan di tempat lawan setelah kedudukan terikat 2-2.

Syahmi Safari dan Norshahrul Idlan Talaha menjadi wira bagi skuad kendalian Tan Cheng Hoe apabila masing-masing menjaringkan satu gol.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia Tenggara di sini:

Johan Dion Cools Berminat Untuk Sarung Jersi Skuad Kebangsaan

Media Vietnam Berikan 4 Sebab Mengapa Sukar Untuk Nguyen Quang Hai Beraksi Di Luar Negara

Pemain Malaysia Buat Park Hang-seo Sakit Kepala, Peningkatan Dalam Setiap Pertemuan ‘Kacau’ Vietnam