Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) memutuskan untuk mengisi slot pemain import Asean bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020 apabila menandatangani pemain tengah Kemboja, Thierry Chanta-Bin.

Perkara ini diumumkan PAFA menerusi satu post di laman media sosial rasmi pasukan dimana badan induk itu turut mengumumkan mereka menandatangani pemain pertahanan yang pernah beraksi bersama skuad B-23 Tahun Australian, Antony Golec.

Sebelum ini, Chanta-Bin yang pernah beraksi bersama Terengganu FC selama dua musim berhijrah ke saingan Liga Thailand dimana beliau menyertai Shukothai. Pemain kelahiran Perancis ini antara pemain yang tidak disambung kontrak oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bagi mengharungi musim 2020.

Namun, staf kejurulatihan Sukhothai dikhabarkan kurang berpuas hati dengan prestasi Thierry Chanta-Bin selepas menjalani sesi latihan dan beliau kemudiannya dilepaskan sebelum beliau sempat untuk membuat penampilan pertama bersama kelab itu.

Dengan ini, Perak telah melengkapkan kuota pemain import mereka dimana sebelumnya juara Piala Malaysia 2018 itu menandatangani Guilherme De Paula dan mengekalkan dua pemain iaitu Careca serta Leandro Dos Santos.

Baca artikel lain mengenai pasukan Perak di sini:

Perak Semakin Hampir Tandatangani Bekas Pemain Australia B-23 Tahun, Antony Golec

Thanabalan Sah Perkuatkan Jentera Serangan Perak II

Presiden PAFA Beri Jaminan Jersi Perak Kali Ini Lebih Cantik