Chelsea menandatangani Thiago Silva dari PSG. Ianyatelah menarik perhatian ramai pihak kerana pandangan berbelah bahagi.

Ada yang menyatakan bahawa masa pemain itu untuk peringkat tertinggi sudah tamat. Namun ada yang masih percaya kepada kualitinya.

Dalam beberapa perlawanan terakhir ini, Thiago Silva bermain sangat baik dan mendapat banyak pujian.

Namun tidak siapa yang menyangka di sebaliknya, Silva mengalami kesukaran teruk untuk menyerasikan diri dengan pasukan dan intensiti di EPL.

Pemain bek tengah Brazil itu diturunkan secara beransur-ansur ke dalam barisan kesebelasan utama oleh Frank Lampard.

Silva memberitahu, beliau sangat menderita kerana impak daripada permainan di EPL ke atasnya. Fizikalnya serba serbi terkejut dengan duel yang keras tanpa henti berbanding dengan Serie A dan juga Ligue 1.

Perlahan lahan, Thiago Silva semakin kompetitif bersaing dengan pemain pemain EPL yang lasak.

“Selepas dua perlawanan terakhir saya, saya mengalami sakit kepala yang teruk kerana ada duel udara tanpa henti dan tempo permainan yang sangat tinggi,” tegas Silva ketika di kem antarabangsa Brazil minggu ini.

Menurut Whoscored: Musim lalu di Ligue 1 duel udara rata-rata 2.9 per 90 minit, menurut. Sementara 3.1 per perlawanan di Liga Perdana Inggeris untuk tempoh yang sama.

Ini bermakna Silva perlau berdepan dengan 1 duel tambahan lebih banyak daripada sebelum ini dalam setiap perlawanan.

Oleh kerana intensiti dan fizikaliti di EPL maka ramai pengurus sudah memohon agar EPL membenarkan 5 pertukaran.

Silva menegaskan setiap pemain harus menjaga diri sendiri dengan usaha tambahan. Ini kerana mereka berdepan dengan risiko kecederaan lebih tinggi dengan jadual yang padat pada musim wabak ini.

Baca juga perkembangan lain

Risau Dengan Disiplin Greenwood, United Mahu Ubah Kluasa Dalam Tawaran Kontrak

Klopp Dan Guardiola Bercakap Sesuatu Selepas Perlawanan, Ianya Berkaitan Dengan Pemain Gantian

EPL: Arsenal Kalah Lagi, Aubameyang Tak Ada ‘Shot’ Langsung