Bekas penyerang prolifik Kedah dan Felda United, Thiago Augusto kemungkinan bakal diturunkan pada perlawanan persahabatan menentang skuad Harimau Malaya sebagai pemain naturalisasi Bahrain.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kelmarin mengesahkan perlawanan menentang Bahrain itu akan berlangsung pada tahun depan sebagai persiapan menghadapi UAE dan Vietnam dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Pemain yang berusia 29 tahun itu yang kini beraksi bersama Al-Muharraq mempunyai rekod yang cemerlang dalam saingan Liga Malaysia musim 2017 dan 2018 dimana beliau menjaringkan 36 gol dalam 41 penampilan bersama Felda United.

Justeru itu, aksi persahabatan tersebut merupakan kesempatan terbaik untuk Augusto menemui semula bekas rakan sepasukannya. Minggu lalu, beliau turut membantu Bahrain menjuarai Gulf of Nations Cup dan meraih pingat emas Temasya Military Games pada bulan Oktober lepas.

Perlawanan menentang Bahrain juga merupakan medan untuk anak buah Tan Cheng Hoe menguji kemampuan mereka berdepan lawan yang setaraf UAE di ranking 99 dunia itu.

“Baru-baru ini, Bahrain merupakan juara Piala Asia Barat dan jurang mereka tidak jauh dengan UAE.

“Jadi, ia satu pilihan yang terbaik dan sudah pasti kami memerlukan satu perlawanan persahabatan,” kata Cheng Hoe dalam Stadium Astro.

77027916_2509029849193764_2237995827450609664_o
FOTO: FAM

Pasukan itu juga konsisten dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 apabila mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 5 perlawanan dan menghuni kedudukan kedua dalam kumpulan C dengan 9 mata.

Malaysia juga berada di tangga kedua dalam kumpulan G dengan 9 mata selepas mencatat 3 kemenangan ke atas Indonesia dan Thailand sekaligus menghidupkan peluang untuk menempah tiket automatik ke Piala Asia 2023.

“Kalau satu perlawanan (persahabatan) tidak cukup, beliau mahukan dua, kita akan beri dua perlawanan.

“Kami mempunyai peluang terbaik dan enggan melepaskannya dan berharap untuk melepasi sasaran,” kata Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi.

Malaysia dijadualkan bertemu UAE pada 26 Mac 2020 di lokasi yang akan ditentukan kemudian sama ada Dubai atau Abu Dhabi dan kemudian bertemu pendahulu kumpulan, Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Mac 2020.

Lagi artikel menarik mengenai berkaitan Thiago Augusto dan perkembangan bola sepak Bahrain melalui pautan dibawah.

Bekas Penyerang Felda United, Thiago Augusto Bantu Bahrain Menjuarai Gulf Of Nations Cup

Penjaga Gol Skuad B-16 Singapura Bakal Jalani Percubaan Dengan Cardiff City

Bekas Penyerang Felda United, Thiago Augusto Kini Merupakan Pemain Naturalisasi Bahrain

Sumber