Pemain pertahanan Yokohama F Marinos, Theerathon Bunmathan memohon maaf kepada penyokong setelah kelab tersebut mengalami kekalahan kelima dalam saingan J. League musim ini.

Yokohama tewas kepada Oita Trinita dengan keputusan 1-0, sekaligus menyebabkan pasukan itu menduduki tangga ke-12 sejak J. League kembali disambung pada Julai lalu setelah dihentikan buat sementara waktu ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

“Saya tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan kerana kami sememangnya kalah dalam perlawanan ini. Kami tidak bermain seperti biasanya. Kami berdepan masalah apabila kehilangan bola, kemudiannya menghadapi serangan balas dan kami gagal untuk menghentikan gerakan tersebut.

“Saya meminta maaf kepada semua peminat Yokohama dan juga peminat di Thailand kerana tidak dapat meraih kemenangan. Kami akan berusaha untuk meraih kemenangan pada perlawanan akan datang. Teruskan menyokong kami,” kata Theerathon.

Yokohama
Sumber Gambar: Football Tribe

Sejak saingan J. League disambung, Yokohama hanya mampu meraih tiga kemenangan, dua seri dan mengalami lima kekalahan. Prestasi ini nyata mengejutkan dimana skuad bimbingan Ange Postecoglou itu merupakan juara bertahan.

Pada perlawanan seterusnya, Yokohama akan melayan kunjungan Shimizu S-Pulse. Theerathon akan berhadapan dengan rakan sepasukan di skuad kebangsaan Thailand iaitu Teerasil Dangda.

Baca artikel lain mengenai pemain Thailand di saingan J. League di sini:

Chanathip Cipta Sejarah Di J. League, Jadi Pemain Thailand Pertama Dilantik Ketua Pasukan

Kawin Thamsatchanan Jadi Pilihan Utama Jaga Pintu Gol Consadole Sapporo

Rating Pemain Thailand Di J. League: Theerathon Paling “Perform”, Teerasil Mengecewakan