Pemain pertahanan Thailand, Theerathon Bunmathan menegaskan skuad kebangsaan negara itu mengecapi kejayaan kerana dibarisi oleh pemain yang beraksi di liga luar negara.

Menurut Theerathon, penting untuk pasukan negara dibarisi oleh pemain terbaik dan pemain yang beraksi di luar Thailand nyata memainkan peranan besar dalam pencapaian skuad Gajah Perang setakat ini.

“Saya percaya Thailand meningkat secara berperingkat kerana dibarisi oleh pemain yang beraksi di liga luar negara yang kompetitif, termasuk saya.

Bunmathan

Sumber Gambar: Twitter

“Untuk menjadi sebuah pasukan yang kuat, amat penting untuk mempunyai barisan pemain yang berkualiti setiap masa,” kata Theerathon Bunmathan ketika ditemu bual oleh FIFA.

Pada masa yang sama, pemain yang membantu Yokohama F Marinos muncul juara saingan J1 musim lalu itu berazam membawa Thailand untuk mara ke temasya Piala Dunia 2022.

“Saya merasakan Piala Dunia 2022 merupakan peluang terakhir untuk saya beraksi di temasya besar itu.

Bunmathan

Theerathon Bunmathan

“Bukan mudah untuk melepasi peringkat kelayakan ketika kami berada di situasi yang sukar dan juga mencabar ketika ini. Tetapi saya mahu menampilkan aksi terbaik sekaligus memberikan keputusan positif untuk pasukan,” tambahnya.

Dalam carta kumpulan G, Thailand berada di belakang Vietnam dan Malaysia apabila menghuni tangga ketiga dengan kutipan 8 mata.

Skuad bimbingan Akira Nishino itu masih perlu menghadapi Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia bagi melengkapkan jadual perlawanan saingan peringkat kelayakan pusingan kedua.

Baca artikel lain mengenai pemain dan pasukan kebangsaan Thailand di sini:

Ejen Sarach Yooyen Nafi Khabar Angin Ke Kelab Malaysia, Mungkin Ke J League

Chanathip Songkrasin Gesa Pemain Muda Segera Beraksi Di Luar Negara

Adisak Kraisorn Mahu Beraksi Di Liga Malaysia Sebelum Bersara

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group