Pemain pertahanan Thailand, Theerathon Bunmathan tersenarai dalam kesebelasan mingguan terbaik bagi minggu perlawanan ke-17 saingan J. League setelah menampilkan persembahan cemerlang ketika Yokohama F Marinos menewaskan Sagan Tosu pada Sabtu lalu.

Theerathon menyumbang satu assist pada aksi yang menyaksikan Yokohama menewaskan Sagan dengan keputusan 3-1. Hantaran Theerathon dari kawasan sendiri berjaya disempurnakan oleh Erik Lima ketika perlawanan baru sahaja bermula.

Selain Theerathon Bunmathan, seorang lagi rakan sepasukan iaitu Erik Lima turut disenaraikan dalam kesebelasan terbaik mingguan J. League di mana menjaringkan satu gol, Erik turut menyumbang satu assist iaitu jaringan kedua Yokohama yang dihasilkan Junior Santos.

Berikut adalah kesebelasan terbaik J. League bagi minggu perlawanan ke-17.

Penjaga Gol:
Yuya Oki (Kashima Antlers)

Pertahanan:
Miki Yamane (Kawasaki Frontale)
Kim Young-gwon (Gamba Osaka)
Theerathon Bunmathan (Yokohama F Marinos)

Pemain Tengah:
Sho Inagaki (Nagoya Grampus)
Tatsuya Tanaka (Oita Trinita)
Hirotaka Mita (FC Tokyo)
Akihiro Ienaga (Kawasaki Frontale)
Erik Lima (Yokohama F Marinos)

Penyerang:
Everaldo Stum (Kashima Antlers)
Junior Dutra (Shimizu S-Pulse)

Pemain Thailand lain yang pernah termasuk dalam senarai tersebut ialah Chanathip Songkrasin yang beraksi bersama Hokkaido Consadole Sapporo.

Baca artikel lain mengenai pemain Thailand yang beraksi di J. League di sini:

BG Pathum United Mahu ‘Bawa Pulang’ Teerasil Dangda, Perebutan Posisi Penyerang Makin Sengit

Rating Pemain Thailand Di J. League: Theerathon Paling “Perform”, Teerasil Mengecewakan

Kaki Theerathon Bunmathan Rabak Dan Terpaksa Dijahit Selepas Dipijak Pemain Jepun