Pemain pertahanan skuad kebangsaan Thailand, Theerathon Bunmathan menjadi wakil tunggal Asia Tenggara dalam senarai 11 pemain Asia paling ideal abad lalu yang dikeluarkan oleh International Federation of Football History & Statistics (IFFHS).

IFFHS merupakan satu badan yang ditubuhkan pada 27 Mac 1984 dimana tugas mereka ialah menyimpan rekod serta membuat statistik mengenai bola sepak di peringkat antarabangsa dan juga kelab.

Theerathon merupakan salah satu pemain pertahanan terbaik Asia Tenggara dimana beliau telah memenangi beberapa kejuaraan bersama Thailand dan beberapa kelab yang diwakilinya. Pemain berusia 31 tahun itu pernah memenangi pingat emas Sukan SEA 2013 selain Piala AFF Suzuki 2016 bersama skuad Gajah Perang.

Theerathon Bunmathan
Sumber Gambar: https://asia.nikkei.com/

Di peringkat kelab, Theerathon mempunyai lima gelaran Thai League 1 ketika beraksi bersama Buriram dan Muanthong United selain pernah membantu Yokohama F Marinos memenangi gelaran J1 pada musim 2019 sekaligus mencipta sejarah sebagai pemain Thailand pertama memenangi trofi divisyen pertama bola sepak Jepun itu.

Theerathon juga sarat dengan gelaran individu dimana beliau pernah tersenarai dalam kesebelasan terbaik AFC Champions League (ACL) 2013 selain pemain terbaik saingan Thai League pada 2013.

Berikut adalah senarai penuh 11 pemain Asia paling ideal abad lalu yang dikeluarkan oleh IFFHS:

Penjaga Gol
Matthew Ryan (Autralia)

Pertahanan
Mohammed Ibrahim Al-Breik (Arab Saudi)
Takehiro Tomiyasu (Jepun)
Maya Yoshida (Jepun)
Theerathon Bunmathan (Thailand)

Pemain Tengah
Wu Lei (China)
Keisuke Honda (Jepun)
Salem Muhamed al-Dawsari (Arab Saudi)

Penyerang
Son Heung-min (Korea Selatan)
Almoez Ali (Qatar)
Omar Al Somah (Syria)

Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain Asia di sini:

Portimonense Tamatkan Kontrak Keisuke Honda Hanya Selepas Lima Hari Sertai Pasukan

Luka Elsner Mahu Luqman Hakim Berikan Saingan Kepada Pemain Lain

Sumareh Terima Tawaran Dari Korea Selatan Dan Jepun Sebelum Sertai JDT