Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain pertahanan Thailand, Theerathon Bunmathan menandatangani kontrak lanjutan bersama kelab J. League, Yokohama F Marinos sekaligus kekal beraksi di Jepun pada musim hadapan.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana selain Theerathon, dua lagi pemain import iaitu Marcos Junior dan Thiago Martins turut menandatangani kontrak lanjutan.

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan tiga pemain iaitu Theerathon, Marcos Junior dan Thiago Martins telah menandatangani kontrak lanjutan dan kekal bersama pasukan bagi musim 2021,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Yokohama.

Theerathon Bunmathan menjadi salah satu pemain penting bagi Yokohama sejak beraksi secara pinjaman bersama kelab itu pada musim 2019 lalu.

Bekas pemain Buriram United ini membantu Yokohama memenangi saingan J1 pada musim 2019, dimana Yokohama menamatkan saingan dengan perbezaan enam mata dihadapan FC Tokyo yang menduduki tangga kedua.

Bagi saingan musim 2020, Yokohama gagal mempertahankan gelaran yang dimenangi pada musim sebelumnya dimana Kawasaki Frontale muncul sebagai juara.

Skuad bimbingan Ange Postecoglou hanya mampu menduduki tangga ke-9 sekaligus terlepas peluang untuk beraksi di saingan AFC Champions League (ACL) musim 2021.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Theerathon Bunmathan Mahu Kekal Beraksi Di J. League

Raja Isa Raja Akram Shah Diperkenalkan Secara Rasmi Sebagai Jurulatih Muktijoddha Sangsad KC

Konsep Binaan Kontena Jadi Pilihan Terengganu FC Naik Taraf Fasiliti Pusat Latihan

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group