Pemain pertahanan Thailand, Theerathon Bunmathan meletakkan sasaran iaitu mahu memenangi saingan AFC Champions League (ACL) bersama Yokohama F Marinos musim ini.

Dalam satu temu bual bersama Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Theerathon menegaskan beraksi di saingan ACL sememangnya satu perkara yang baik dan musim ini, beliau serta rakan sepasukan mempunyai sasaran iaitu cuba memenangi saingan tersebut.

“Satu perkara yang baik apabila kami beraksi dalam saingan ACL, kejohanan peringkat kelab nombor 1 di rantau Asia. Satu sasaran jelas untuk saya dan juga rakan sepasukan yang lain ialah memenangi saingan musim ini.

Theerathon Bunmathan
Sumber Gambar: Football Tribe

“Kami percaya dengan gaya permainan menyerang berkesan yang kami terapkan, Yokohama mampu menjadi salah satu calon untuk memenangi gelaran tersebut. Selain itu, pasukan ini juga mahu menunjukkan kemampuan yang dimiliki kepada semua,” kata Theerathon.

Musim lalu, bekas pemain Muangthong United ini mencatat sejarah apabila menjadi pemain Asia Tenggara pertama yang memenangi saingan J1. Yokohama F Marinos muncul juara dengan kelebihan enam mata di hadapan FC Tokyo.

Baca artikel lain mengenai Theerathon Bunmathan di sini:

Media Thailand Anggap Theerathon Bunmathan Lebih Baik Berbanding Doan Van Hau

Alexandre Gama Akui Theerathon Bunmathan Miliki Kualiti Yang Sama Dengan Diogo Luis Santo

Diogo Luis Santo Tersenarai Dalam Kesebelasan Terbaik Pilihan Theerathon Bunmathan