Pemain pertahanan kiri Thailand yang kini beraksi dengan pasukan J1 League Yokohama F Marinos tidak akan tersenarai dalam skuad bertemu Malaysia bulan November nanti.

Theerathon Bunmathan akan digantung 1 perlawanan selepas beliau mengumpul 2 kad kuning hasil dari perlawanan bertemu Indonesia dan juga perlawanan bertemu dengan pasukan UAE semalam.

Ketika pasukan Thailand menewaskan UAE 2-1 di Bangkok semalam, 2 pemain tengah yang disegani iaitu Chanathip Songkrasin serta Thitipan Puangchan, kedua-duanya juga beraksi dalam saingan J1 League tidak diturunkan akibat mengalami kecederaan.

Namun, kedua-dua pemain itu dijangka akan cergas untuk perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 November 2019 nanti.

Aksi yang ditunjukkan oleh penyerang veteran Teerasil Dangda selepas kembali dipanggil menyertai skuad Thailand membuktikan bahawa beliau masih lagi penyerang hebat skuad Gajah Putih itu selain memiliki beberapa pilihan untuk menurunkan penyerang muda lain seperti Suphanat Mueanta serta Supachai Jaided.

EG6YIZ5UwAEWuaE
Kesebelasan utama Thailand yang berjaya menewaskan UAE 2-1 dalam perlawanan pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022, semalam.

Kemenangan 2-1 keatas UAE semalam membolehkan Thailand menerajui kedudukan dalam kumpulan G dengan 7 mata berkongsi dengan pasukan Vietnam dan hanya dipisahkan berdasarkan perbezaan gol.

Malaysia kini berada ditempat ke 4 kumpulan G dengan pungutan 3 mata selepas 3 perlawanan wajib menang kedua-dua perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk mencerahkan peluang layak secara automatik ke saingan Piala Asia 2023.

Baca juga artikel lain berkenaan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 yang sangat menarik.

Teerasil Dangda Buktikan Masih Berbisa, Thailand Tumbangkan UAE 2-1 Di Bangkok

Thailand Terajui Kedudukan Dalam Kumpulan G, Vietnam Dipisahkan Dengan Perbezaan Gol

3 Mata Penuh Buat Vietnam Di Bali, Garuda Terus Kekal Tanpa Sebarang Mata