Pemain pertahanan Thailand, Theerathon Bunmathan menyatakan mahu kekal beraksi dalam saingan J. League, sekaligus menafikan berita yang mengatakan beliau bakal kembali ke Thailand.

Sebelum ini, pendahulu Thai League 1, BG Pathum United dikhabarkan mahu mendapatkan khidmat Theerathon bagi menghadapi separuh masa kedua saingan musim 2020 yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

Theerathon Bunmathan
Sumber Gambar: https://asia.nikkei.com/

“Saya gembira berada di sini. Saya mempunyai jurulatih yang bagus, rakan sepasukan yang menghormati satu sama lain dan kami menampilkan corak permainan yang berkesan.

“Beraksi di J. League merupakan impian saya dan saya berhasrat untuk terus kekal beraksi di sini,” kata Theerathon.

Menjadi pendahulu dan bakal beraksi dalam saingan AFC Champions League (ACL) musim hadapan membuatkan BG Pathum mahu mengukuhkan pasukan mereka sekaligus mencerahkan peluang untuk memenangi trofi Thai League 1 selain beraksi dengan baik di pentas Asia.

Sebelumnya, BG Pathum telah menandatangani beberapa nama besar dalam saingan liga domestik seperti Sarach Yooyen dan Andres Nunez selain mendapatkan khidmat bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo.

Kelab yang dahulunya dikenali Bangkok Glass itu turut dilaporkan bakal mendapatkan khidmat ketua pasukan skuad Gajah Perang, Teerasil Dangda yang ketika ini beraksi bersama Shimizu S-Pulse.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Skuad Projek FAM-MSN Tidak Akan Beraksi Dalam Piala FA Dan Piala Malaysia

Melaka United Semakin Hampir Dapat Khidmat Manuel Ott

Johor Darul Ta’zim Tandatangani Empat Pemain Hadapi Saingan Musim 2021