Pemain pertahanan kiri skuad kebangsaan Thailand, Theerathon Bunmathan berada dalam kondisi terbaik untuk memulakan kempen pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 apabila tersenarai dalam kesebelasan utama mingguan terbaik J.League.

Prestasi yang dipamerkan beliau ketika membelasah Gamba Osaka 3-1 di Nissan Stadium pada perlawanan ke 25 liga minggu lalu serta menjaringkan 1 gol cantik dari luar kotak penalti adalah merit utama pemilihan beliau dalam kesebelasan terbaik itu.

Gol itu juga merupakan gol pertama beliau dalam saingan J.League selepas 2 musim beraksi disana.

EDgxNI1U8AAUJC0

Selain itu, Theerathon Bunmathan juga turut meraih anugerah pemain terbaik perlawanan tersebut serta gol jaringannya juga turut tersenarai sebagai calon gol terbaik mingguan J.League.

Setakat ini, beliau telah turun beraksi 17 kali untuk Yokohama F Marinos, merekodkan 1,520 minit masa bermain dan menjaringkan 1 gol. Lebih menarik, Theerathon Bunmathan tersenarai dalam kesebelasan utama pasukan untuk semua 17 penampilan tersebut.

Saksikan gol pertama jaringan Theerathon Bunmathan dalam karier beliau dalam saingan J1 League dibawah.

Lihat artikel mengenai Chanathip Songkrasin yang mungkin terlepas sebelum ini.

2 Pemain Thailand Tersenarai Dalam Pilihan Kesebelasan Utama Minggu Ke-20 J1 League

Park Hang-seo Mahu Vietnam Lebih Berwaspada Dengan Chanathip Songkrasin

Chanathip Songkrasin: 98.5% Diturunkan Dalam Kesebelasan Utama Hokkaido Consadole Sapporo