Sebuah lagi perlawanan yang melibatkan pasukan dalam kumpulan G berlangsung semalam dimana Thailand berjaya mengikat pendahulu kumpulan, Vietnam tanpa sebarang jaringan di Hanoi.

Thailand yang masih diselubungi kekecewaan apabila tumpas 1-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil minggu lalu jelas hadir ke Hanoi dengan misi untuk membawa pulang 3 mata penuh selepas sasaran asal 6 mata gagal dilaksanakan di Kuala Lumpur.

Tiada perubahan dibahagian depan dan tengah dibuat oleh Akira Nishino berbanding perlawanan bertemu Malaysia kecuali dibahagian pertahanan dimana 4 pemain iaitu Theerathon Bunmathan, Tanaboon Kesarat, Narubadin Weerawatnodom serta penjaga gol Kawin Thamsatchanan berada dalam kesebelasan utama.

76642463_2808214035909951_5229106967594663936_o

Pasukan Thailand terlebih dahulu memiliki peluang besar untuk mendahului Vietnam apabila dihadiahkan 1 sepakan penalti pada minit ke 28, namun sepakan Theerathon Bunmathan ke bahagian tengah gol berjaya dihalang dengan kaki oleh Dang Van Lam.

Sorakan kegembiraan penyokong pasukan Vietnam menyambut gol yang ditanduk masuk oleh Bui Tien Dung hasil sepakan penjuru pada minit ke 31 terbantut apabila gol itu dibatalkan oleh pengadil kerana Doan Van Hau terlebih dahulu mengasari penjaga gol Thailand terlebih dahulu.

Keputusan seri 0-0 itu mengekalkan status Vietnam selaku pendahulu dalam kumpulan G dengan 11 mata, dikejar rapat oleh Malaysia dengan 9 mata dan Thailand 8 mata dan semua pasukan ini berbaki 3 perlawanan pada tahun hadapan.

Pasukan Malaysia akan bertandang ke UAE pada 26 Mac 2020 sebelum menerima kunjungan pasukan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Mac 2020 dan akan beraksi dalam perlawanan terakhir pada 9 Jun 2020 bertemu Thailand di Bangkok.

Baca juga artikel lain berkaitan dengan  bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

11 Mata FIFA Ranking Untuk Pasukan Malaysia Sekiranya Berjaya Tumbangkan Skuad Indonesia

Safawi Rasid: Saya Tidak Puas Dengan Aksi Diberikan, Perlu Pertingkatkan Lagi Prestasi Untuk Malaysia

Brendan Gan Digantung 1 Perlawanan, Terkilan Terlepas Perlawanan Penting Bertemu UAE Tahun Hadapan