Pemain pertahanan kiri terkenal dari Thailand, Theerathon Bunmathan yang kini beraksi bersama pasukan Yokohama F Marinos diambang mencipta rekod sebagai pemain pertama dari negara itu menjulang kejuaraan saingan J1 League.

Dalam kedudukan semasa, Yokohama F Marinos sedang berada ditempat teratas J1 League dengan 67 mata dan pasukan ditempat kedua FC Tokyo pula mengumpul 64 mata selepas tamat 33 perlawanan musim 2020.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sesama sendiri dalam perlawanan terakhir liga yang akan berlangsung pada hari Sabtu nanti untuk menentukan pasukan mana yang akan menjulang kejuaraan J1 League 2020.

Screenshot 2019-12-01 at 4.04.27 PM
Kedudukan saingan J1 League 2019 selepas tamat 33 perlawanan.

Sebagai rekod, kejuaraan liga terakhir yang dimenangi oleh Yokohama F Marinos adalah pada musim 2004 iaitu 15 tahun yang lalu.

Theeraton Bunmathan dalam musim 2019 ini telah diturunkan dalam 24 perlawanan, beraksi selama 2,129 minit dan menjaringkan 2 gol dalam saingan J1 League dan kesemuanya selaku pemain dalam senarai kesebelasan utama.

8

Namun, dalam perlawanan terakhir itu nanti, Yokohama F Marinos tidak boleh kalah dengan perbezaan jaringan lebih dari 3 gol kerana perbezaan jaringan akan memihak kepada FC Tokyo dan seterusnya menjulang kejuaraan.

Jika keputusan memihak kepada Yokohama F Marinos, ini bermakna Theerathon Bunmathan akan mencipta rekod sebagai pemain dari Thailand pertama berjaya merangkul kejuaraan saingan J1 League.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Brendan Gan Sah Sertai Pasukan Selangor

RASMI: Kevin Ramalingam Sah Letak Jawatan Sebagai CEO Malaysia Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Dilantik Pemangku

Laman Instagram Pemain Singapura Diserang Oleh Penyokong Indonesia