Pemain pertahanan skuad kebangsaan Thailand, Theerathon Bunmathan mencatat sejarah tersendiri apabila tampil dalam perlawanan ke-100 beliau dalam saingan divisyen pertama liga bola sepak Jepun iaitu J1 league.

Theerathon tampil dalam perlawanan ke-100 beliau ketika aksi antara Yokohama F Marinos menentang Shonan Bellmare pada minggu lalu yang menyaksikan Yokohama berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal Daizen Maeda pada minit ke-66.

Pemain berusia 31 tahun itu mula beraksi dalam saingan J1 bersama Vissel Kobe pada 2018 dimana beliau menyertai Vissel secara pinjaman dari Muangthong United. Pada musim berikutnya, pemenang Piala AFF Suzuki 2016 itu menyertai Yokohama secara pinjaman.

Ketika menyarung jersi Vissel, bekas pemain Buriram United itu beraksi bersama nama besar dan juga bekas pemenang Piala Dunia seperti Andre Iniesta (2010 bersama Sepanyol) dan Lukas Podolski (2014 bersama Jerman).

Theerathon Bunmathan membantu Yokohama memenangi saingan J1 pada 2019 dimana kelab yang dibimbing oleh ketua jurulatih dari Australia ketika itu, Ange Postecoglou menamatkan saingan J1 dengan perbezaan 14 mata dihadapan pasukan tangga kedua, FC Tokyo.

Secara keseluruhan, dalam 100 penampilan yang telah dijalani, Theerathon telah memenangi satu trofi J1 selain menyumbang sebanyak 3 gol dan 11 assist sekaligus menjadikan beliau antara pemain pertahanan terbaik dalam saingan liga terbaik Asia itu.

Sebelum ini, rakan sepasukan Theerathon dalam skuad Gajah Perang iaitu Chanathip Songkrasin terlebih dahulu meraih penampilan ke-100 dalam saingan J1 dimana Chanathip beraksi bersama Hokkaido Consadole Sapporo sejak musim 2017.

Selain Chanathip dan Theerathon, Thailand turut mempunyai pemain lain yang pernah beraksi di Jepun seperti Teerasil Dangda dan Kawin Thamsatchanan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Tan Cheng Hoe: Shahrul Nizam Tahu Dia Berada Di Senarai Menunggu

Dion Cools Tersenarai Dalam Skuad FC Midtjylland, Timbulkan Tanda Tanya Status Kecederaannya.

Penyerang Sheriff Tiraspol Digugurkan Daripada Skuad Uzbekistan Berdepan Malaysia