Pasukan Kelantan FC melantik legenda bola sepak negara, Nasir Yusoff sebagai Penasihat Teknikal pasukan berkuatkuasa semalam.

Perkara ini diumumkan oleh pemilik kelab, Norizam Tukiman atau Zamsaham dimana beliau berpendapat pelantikan “The Professor” dilihat mampu untuk mengembalikan motivasi dan keyakinan pasukannya.

Tugas pertama Nasir ialah membantu mempersiapkan pasukan menjelang saingan Piala Malaysia yang dijadualkan bermula pada 6 November ini.

Pada masa yang sama, bekas pemain yang mempunyai 86 penampilan bersama skuad Harimau Malaya itu berkata beliau akan memberikan yang terbaik bagi mengembalikan kegemilangan Kelantan FC.

“Sudah pasti, kami sebagai satu pasukan akan memberikan yang terbaik dalam misi mengembalikan maruah Kelantan FC tetapi perjalanan itu tidak mudah di mana kita perlu fokus satu demi satu visi dan misi Kelantan FC,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan Kelantan FC di sini:

Ketua Jurulatih Baharu Bakal Bimbing Kelantan Musim Depan

Kelantan Sahkan Tempat Ke Piala Malaysia, Impak Segera Selepas Bertukar Pengurusan?

Kelantan Mahu Dapatkan Semula Tiga Mata Yang Dipotong