Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) melalui satu plan bola sepak Thailand untuk tempoh 20 tahun yang dikenali sebagai ‘The Master Plan’, FAT telah menggarap strategi merangkumi pelbagai aspek pembangunan bola sepak mereka dalam tempoh tersebut untuk skuad kebangsaan dan juga saingan liga.

Salah satu perkara yang mereka tetapkan adalah berkaitan dengan pencahayaan lampu limpah stadium pasukan yang beraksi dalam saingan liga profesional iaitu Thai League 1 dan juga Thai League 2.

Berdasarkan garis masa yang ditetapkan, mulai musim 2021 semua stadium pasukan Thai League 1 perlu menggunakan lampu limpah dengan kecerahan minima 2,000 lux manakala bagi pasukan Thai League 2 pula minima 1,200 lux.

Screenshot 2020-01-14 at 6.46.07 PM

Mulai musim 2026 pula, FAT mahu semua kelab yang beraksi dalam saingan Thai League 1 menggunakan lampu limpah dengan kecerahan minima 2,500 lux dan untuk Thai League 2 pula minima 2,000 lux.

5 tahun berikutnya pula, saingan Thai League 1 diwajibkan untuk memasang lampu dengan kecerahan minima 3,000 lux dan Thai League 2 pula minima 2,000 lux.

Jika dilihat dari garis masa yang ditetapkan oleh FAT ini, penguatkuasaan berkaitan lampu limpah ini dilihat tidak sukar untuk dilaksanakan kerana kelab mempunyai masa yang cukup untuk merancang peruntukan sesuai dengan taraf liga bola sepak Thailand yang tidak dinafikan sebagai liga bola sepak terbaik di Asia Tenggara.

Dalam artikel seterusnya nanti, kami akan berkongsi pula berkenaan program-program menarik lain yang ada dalam ‘The Master Plan’ bola sepak Thailand untuk pengetahuan bersama.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Akibat Gagal Melunaskan Gaji Pemain, Kelab Thailand Ini Terpaksa Turun Ke Divisyen Paling Bawah Saingan Thai League.

‘Reserve Team’ Thai League Digantung Penyertaan Jika Gagal Berada Dalam ‘Top Half’ Liga Yang Mereka Sertai

Nike Hadiahkan Kasut Khas Untuk Suphanat Mueanta Selepas Pecahkan Rekod Dalam AFC U23 2020