Masihkah anda ingat meme 6 lelaki berkulit hitam yang bergaya rapi dan mereka mengusung keranda sambil menari. Meme ini cukup terkenal dan menjadi tular di media sosial sejak bulan lalu kerana kelihatan menghiburkan.

Sebenarnya, 6 lelaki berkulit hitam itu merupakan penari kumpulan ‘Pallbearers’ atau dikenali sebagai ‘The Dancing Coffin’ dimana mereka dibayar untuk menari ketika berlakunya kematian di Ghana.

Benjamin Aidoo merupakan pengasas untuk tarian kematian di Ghana ini sejak 10 tahun yang lalu. Menurutnya, konsep tarian yang dilakukan ini adalah untuk menghiburkan pihak keluarga yang ditinggalkan agar tidak meratapi kematian.

“Menurut saya, kita memang harus merayakan kematian.

“Kenapa? Kerana ketika seseorang meninggalkan kita, yang harus kita lakukan adalah mengenang apa yang mereka sudah lakukan sepanjang hidupnya,” kata Aidoo dalam temubual eksklusif bersama EN24

Aidoo juga mengaku sangat meminati sukan bola sepak. Beliau menjadikan bintang Barcelona, Lionel Messi sebagai idola dan berhasrat untuk membuat persembahan usung keranda di Argentina.

“Pemain kegemaran saya ialah Messi, saya sukanya. Saya suka cara dia bermain dan menjaringkan gol. Dia juga tidak tamak, itu penting. Saya memang selalu bermain bola sepak. Ini juga hobi saya.

“Saya peminat Barca. Messi adalah bintang besar dan kami harus berterima kasih kepadanya kerana jika beliau tiada, Barca tidak akan menjadi hebat seperti sekarang.

“Bersama Messi, Barca telah memenangi pelbagai kejuaraan. Jika tiada Messi, mereka tidak akan memenangi apa-apa dan pasukan itu tidak akan meningkat dalam beberapa tahun,” ujarnya.

lionel-messi-after-30-vintage-dribbling-skills-runs-hd
Aksi Lionel Messi mengelecek 5 orang pemain lawan.

Aidoo juga menyimpan impian untuk bertemu Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu jika dapat berkunjung ke Sepanyol satu hari nanti.

“Saya suka Bartomeu. Saya mahu berjumpa dengannya, beliau merupakan presiden yang bagus. Saya fikir beliau telah memberi sumbangan yang cukup besar untuk menjadikan Barca sebagai pasukan hebat, kuasai liga dan semua pertandingan.

“Beliau benar-benar presiden yang bagus. Dia jadikan Barca lebih hebat daripada pasukan lain,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak dunia melalui pautan dibawah. 

Tuntutan Pemain Wanita AS Dibayar Sama Rata Dengan Lelaki Ditolak Mahkamah

Bojan Hodak Akui Gaji Pemain Liga Indonesia Lebih Rendah Daripada Liga Malaysia

EPL Rancang Kembali 12 Jun Dengan Beraksi Di 8-10 Stadium