Pemain kacukan Perancis-Thailand berusia 20 tahun, Thanawat Suengchitthawon menjaringkan gol pertama beliau bersama skuad Leicester City B-21 tahun pada perlawanan AFL Trophy menentang Harrogate Town Selasa lalu.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Keepmoat, Thanawat masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua dan beliau berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-80 hasil daripada pertahanan kiri, Shane Flynn. Meksipun berjaya menyumbangkan jaringan, namun Leicester terpaksa akur dimana mereka tewas dengan keputusan 3-1.

Thanawat menyertai Leicester pada September lalu setelah menyinar bersama kelab Perancis, AS Nancy dimana beliau kerap membuat penampilan dalam kesebelasan utama skuad pembangunan kelab tersebut. Malah, pemain yang pernah beraksi bersama skuad B-16 dan B-17 Perancis pernah dilantik sebagai ketua pasukan.

Pengurus Leicester, Brendan Rodgers dikhabarkan sedia untuk menyenaraikan Thanawat dalam skuad utama kerana beliau sedang membentuk squad depth yang mantap bagi menghadapi saingan musim 2020/2021.

Mengikut pertalian darah, Thanawat layak untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Thailand kerana ibu beliau berasal dari negara tersebut. Thanawat berada dalam pemerhatian Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) bagi diserapkan ke dalam pasukan negara pada masa akan datang.

Baca artikel lain mengenai Thanawat Suengchitthawon dan pemain muda Thailand lain di sini:

Pemain Kacukan Perancis-Thailand, Thanawat Suengchitthawon Semakin Hampir Sertai Leicester City

FAT Sasarkan Pemain Berusia 18 Tahun, Marcel Sieghart Untuk Gantikan Teerasil Dangda

Pemain Kacukan England-Thailand, Ben Davis Lanjutkan Kontrak Bersama Fulham