Bekas penyerang skuad bawah 23 tahun kebangsaan (B-23), N. Thanabalan bakal menyertai pasukan ‘feeder club’ Perak secara pinjaman dari Kedah bagi mengharungi saingan Liga Premier musim 2020.

Menurut pengendali Perak II, Abu Bakar Fadzim, beliau melihat Thanabalan masih mempunyai deria pemusnah dan pengalaman luas yang dimiliki oleh pemain yang barusia 25 tahun itu membantu menajamkan jentera serangan pasukannya.

“Saya mahu melihat dia muncul sebagai antara penjaring terbanyak dalam kalangan pemain tempatan.

“Dengan usianya, belum terlambat untuknya kembali ke puncak prestasi sebelum ini dan kerana pengalaman dimiliki, ruang terbuka luas untuknya berada dalam kesebelasan utama pasukan musim ini.

“Yang penting, di mana dia mahu meletakkan dirinya pada 2020 setelah hilang hampir tiga tahun. Saya sedia bantu dan tunaikan hasratnya untuk dapatkan minit permainan tetapi saya juga mahu lihat usahanya dalam mendapatkan apa yang diinginkan,” katanya kepada Bernama.

Abu Bakar Fadzim
Thanabalan pernah beraksi dalam saingan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur. Sumber Gambar: Goal.com

Sejak menyertai skuad Helang Merah pada januari 2019, beliau sempat melakukan 16 penampilan dan mula mengalami kemerosotan prestasi sehingga tersisih daripada kesebelasan utama.

Thanabalan memiliki kelebihan tandukan sebagai senjata pemusnah dan kelebihan itu melonjakkan popularitinya selepas menanduk masuk jaringan kemenangan ke atas Indonesia dalam aksi separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Dia (Thanabalanan) pemain yang berpontensi sebelum ini tetapi agak sukar dapat tempat di Kedah, jadi bila ada peluang untuk Perak II memperkuatkan jentera serangan dengan kehadirannya, kami mencuba.

“Pasukan mungkin menggunakannya di bahagian sayap kerana dia lebih dilihat sebagai pembekal bantuan jaringan,” jelasnya lagi.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia musim 2020 melalui pautan dibawah.

Hasrat KLFA Wujudkan Kuala Lumpur II Tidak Diluluskan MFL

Dua Kelab Thai League 1 Dan Satu Kelab Liga Super China Bakal Uji Terengganu FC

PDRM Diperkuatkan 15 Anggota Hadapi Saingan Liga Malaysia 2020

Sumber