Menjelang perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada 10 September ini, pemain dan jurulatih Thailand mengambil langkah waspada dengan kehadiran penyokong yang akan hadir ke stadium.

Thailand gagal meraih tiga mata penuh ketika bertemu Vietnam pada perlawanan pertama dan Akira Nishino serta anak-anak buahnya berazam untuk mengutip mata penuh sekaligus memperbaiki kedudukan dalam carta kumpulan G.

Akira Nishino

Akira Nishino

“Vietnam adalah lawan yang bagus tetapi sekarang kita perlu fokus terhadap perlawanan menentang Indonesia. Kami harus teliti khususnya dalam merangka gerakan serangan,” kata Nishino menurut laporan CNN Indonesia.

Pemain bintang Thailand, Chanathip Songkrasin pula beranggapan penyokong tuan rumah bakal memainkan peranan besar pada pertembungan antara kedua-dua pasukan.

Chanathip

Sumber Gambar: Fox Sport Asia

“Perlawanan menentang Indonesia merupakan perlawanan yang sukar. Kami harus segera mencari rentak kerana tidak memiliki waktu yang banyak.

“Kami melihat ada pemain Indonesia yang beraksi dengan baik dan kehadiran penyokong pula ramai. Kami juga perlu menyesuaikan diri dengan permukaan padang kerana ianya baru bagi kami. Namun kami tetap akan menghadapinya,” kata Chanathip.

Dalam kedudukan carta kumpulan G ketika ini, Thailand menduduki tangga ke-3 dengan kutipan satu mata. Manakala Indonesia pula berada di kedudukan tercorot selepas tewas kepada Malaysia dengan keputusan 3-2 pada perlawanan pembukaan 5 September lalu.

Anda boleh membaca artikel lain mengenai Thailand dan Indonesia di sini:

2 KOMEN
  • Tak risaukan team tapi risaukan penonton ūüôā

  • Naruto

    Ni klau jdi lgi kt match Thailand vs Indonesia,konfem FIFA akan bgi respon….match Malaysia vs Indonesia ari tu pun FIFA mcm nak x nak ke respon

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group