Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kejuaraan AFC B-23 Tahun kembali mewarnai saingan bola sepak di rantau Asia dimana Thailand dipilih sebagai tuan rumah bagi saingan edisi 2020 yang akan bermula pada Januari mendatang.

Pasukan tuan rumah yang akan dibimbing oleh pengendali dari Jepun, Akira Nishino telah mengeluarkan senarai akhir 23 pemain yang akan dibawa bagi menggalas cabaran skuad Gajah Perang.

#Changsueklive นิชิโนะ ประกาศรายชื่อ 23 แข้งช้างศึก U23 ลุยชิงแชมป์เอเชียอากิระ นิชิโนะ หัวหน้าผู้ฝึกสอนทีมชาติไทย…

Posted by ช้างศึก on Sunday, 29 December 2019

Dalam senarai tersebut, Nishino membawa beberapa pemain yang beraksi bersama skuad senior dalam saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tempoh hari seperti Supachok Sarachat, Supachai Jaided dan pemain akademi Fulham, Ben Davis.

Berikut adalah senarai lengkap 23 pemain yang dipanggil oleh Nishino:

Penjaga Gol: Kornphat Nareechan, Kiatisak Chaorad, Suphawat Yogakun.

Pertahanan: Sarikarn Promsupa, Chatichai Saengdao, Tithathorn Aksornsri, Thitawee Aksorn Si, Chinnaphat Leah, Peawatch Akkhatham, Meechok Mahasaranukul.

Pemain Tengah: Kan Narin Thavornsak, Worachit Kanit Sribamphen, Kris Dakanaman, Sorawit Phanthong, Wisarut Im-Aura, Irfan Dor, Benjamin James Davis, Charoen Sak Wongkon, Anon Amornlertsak, Supachok Sarachat.

Thailand

Ben Davis

Penyerang: Nanthanwat Suankaew, Suphanat Mueanta, Supachai Jaided.

Thailand berada dalam kumpulan A bersama pasukan Iraq, Australia dan Bahrain.

Baca artikel lain mengenai saingan AFC B-23 Tahun di sini:

7 Pemain Bintang Yang Terlahir Daripada Saingan AFC B-23 Tahun

Korea Selatan Hadapi Saingan AFC B-23 Tanpa Kelibat Bintang Valencia, Lee Kang-in

AFC B-23: SC Heerenveen Tolak Rayuan Park Hang Seo Untuk Menggunakan Khidmat Doan Van Hau

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group