Pasukan kebangsaan Thailand telah mengumumkan senarai 23 pemain yang akan dibawa bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang Congo dan perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 10 dan 15 Oktober ini.

Dalam senarai yang dikeluarkan kali ini, ketua jurulatih pasukan, Akira Nishino kehilangan dua pemain tonggak iaitu Chanathip Songkrasin dan Thitipan Puangchan yang terpaksa disisihkan kerana mengalami kecederaan. Chanathip mengalami kecederaan ketika beraksi bersama Consadole Sapporo manakala Thitipan pula mengalami kecederaan ketika Thailand menewaskan Indonesia bulan lalu.

Namun, kehadiran semula penyerang senior, Teerasil Dangda dan juga pemain muda yang sedang meningkat naik seperti Supachok Sarachat, Suphanat Muenta dan Ekanit Panya dilihat bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Chanthip dan Thitipan.

Setakat ini, Supachok menampilkan aksi yang baik apabila berjaya menjaringkan dua gol ketika perlawanan bertemu Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno.

Dalam saingan kumpulan G, Thailand ketika ini menduduki tangga teratas dengan perolehan empat mata selepas dua perlawanan. Juara lima kali Piala AFF Suzuki ini seri 0-0 ketika menentang Vietnam pada perlawanan pertama dan kemudiannya menewaskan Indonesia dengan keputusan 3-0 pada perlawanan kedua.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Thailand di sini:

Thailand Turun Menentang UAE Tanpa Kelibat Chanathip Songkrasin

Elias Dolah Akhirnya Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan Thailand

Thailand ‘Titik’ Indonesia 3 Gol Tanpa Balas Dihadapan 11,619 Penyokong Stadium Utama Gelora Bung Karno

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group