Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) hari ini mengumumkan 3 pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam Kejohanan 4 penjuru yang dikenali sebagai King’s Cup 2022 di Chiang Mai pada 20 hingga 24 September 2022.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Selain Thailand selaku tuan rumah, 3 pasukan yang turut menyertai King’s Cup 2022 ialah Malaysia (ranking 147), Tajikistan (ranking 108) dan Trinidad & Tobago (ranking 101). Malaysia dan Tajikistan menjadi pilihan kerana mereka juga turut layak ke Piala Asia 2023 secara merit.

Manakala Trinidad & Tobago pernah beraksi di Piala Dunia 2006  di Jerman dan merupakan juara Piala Carribean sebanyak 10 kali.

Polisi FAT kali ini mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa di luar ibu kota, Bangkok. Ini kerana mereka mahu memberi peluang kepada rakyat di setiap wilayah untuk menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan.

Saingan King’s Cup dijalankan dalam format kalah mati. Pasukan yang menang akan mara ke final manakala pasukan yang kalah berentap untuk penentuan tempat ketiga. Setiap keputusan perlawanan memberi pulangan mata ranking FIFA.

Berdasarkan rekod, Malaysia pernah muncul juara dalam empat edisi King’s Cup iaitu pada tahun 1972, 1976, 1977 dan 1978.

Presiden FAT,  Somyot Phumphanmuang mengumumkan Thailand tidak akan menurunkan pasukan bawah 23 tahun untuk King’s Cup sebaliknya bakal menyenaraikan barisan terkuat dibawah kendalian Mano Polking sebagai persiapan menghadapi Piala Asia 2023.

Kejohanan tersebut dijadikan medan terbaik untuk Harimau Malaya menguji taktikal Kim Pan-gon berdepan lawan yang lebih kuat dan juga sebagai persiapan menghadapi Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang dijangka berlangsung pada 21 Disember hingga 17 Januari 2023.

Para pemain skuad Harimau Malaya akan kembali berkumpul dalam kem latihan pusat mulai 15 September 2022 sebelum berangkat ke Thailand.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.

Kim Dong-jin Bakal Jurulatih Baharu Skuad Malaysia B-23?

Christophe Gamel Sedia Isi Jawatan Ketua Jurulatih Skuad B-23 Malaysia