Ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand, Akira Nishino hari ini telah mengumumkan senarai 23 pemain akhir yang dipilih untuk membawa cabara negara itu bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bulan ini.

Nishino melakukan kejutan apabila mengugurkan dua penyerang berpengalaman pasukan itu, Teerasil Dangda serta Adisak Kaisorn. Bagi menggantikan tempat mereka, Nishino mempertaruhkan seorang penyerang muda dari kelab Buriram United, Supachai Jaided.

Daripada 23 pemain tersebut, 4 pemain adalah muka baharu yang belum mempunyai pengalaman beraksi di pentas antarabangsa bersama skuad kebangsaan Thailand. 9 pemain daripadanya beraksi dalam saingan Piala Asia 2019.

Tiga bintang mereka yang beraksi dalam saingan Liga Divisyen 1 Jepun turut disenaraikan iaitu Chanathip Songkrasin (Consadole Sapporo), Theerathon Bunmathan (Yokohama F. Marinos) dan Thitiphan Puangchan (Oita Trinita).

Mereka dijadualkan menentang Vietnam pada 5 September ini di Stadium Thammasat, kemudian terbang ke Jakarta untuk menentang skuad Garuda pada 10 September di Stadium Gelora Bung Karno.

SENARAI TERKINI 23 PEMAIN SKUAD THAILAND

Penjaga Gol: Siwarak Tedsungnoen, Chatchai Budprom, Kawin Thamsatchanan

Pertahanan: Pansa Hemviboon, Adisorn Promrak, Manuel Tom Bihr, Shinnaphat Leeaoh, Teerathon Bunmathan, Narubadin Weerawatnodom, Tristan Do, Nitipong Selanon

Tengah: Sasalak Haiprakhon, Tanaboon Kesarat, Sarach Yooyen, Photowat Sookjitthummakul, Sivakorn Tiatrakul, Peeradol Charamsee, Chanathip Songkrasin, Thitiphan Puangchan, Supachok Sarachart, Bordin Phala, Ekanit Punya

Penyerang: Supachai Chaided

Lagi artikel menarik berkaitan perkembangan bola sepak Asia, klik pautan di bawah:

Juruanalisis PSS Sleman Beri Sebab Mengapa Pemain Pasukan Bawah Umur Lebih Padu Berbanding Pemain Senior

Bek Kiri Vietnam, Doan Van Hau Sah Sertai Kelab Eredivisie SC Heerenveen

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun