Pasukan Thailand U19 sebentar tadi baru sahaja membelasah Kepulauan Mariana Utara dengan keputusan 21-0 dalam perlawanan kedua pusingan kelayakan AFC U19 2020 yang berlangsung di Kemboja.

Penyerang sensasi Thailand U19 yang akan menyertai kem latihan skuad senior, Suphanat Mueanta meledak 5 gol dalam perlawanan itu. Seorang lagi pemain, Padungkiat Arjkitkarn juga turut menjaringkan 5 gol selain 7 orang pemain lain berada dalam senarai penjaring serta 1 gol sendiri pemain lawan.

Kedudukan terkini dalam kumpulan G, Thailand U19 mendahului pasukan-pasukan lain dengan 6 mata dari 2 perlawanan dengan perbezaan 30 gol tanpa sebarang bolos.

EIrsF1yVUAEfzZt

Dengan keputusan tersebut juga, menjadikan kedudukan Kepulauan Mariana hampir pasti ditempat tercorot kumpulan G dan seterusnya pasukan Malaysia perlu menang besar dengan pasukan Brunei malam ini untuk mencabar kedudukan Thailand selaku pendahulu kumpulan bagi mencerahkan peluang layak ke pusingan akhir.

Nota: Keputusan bertemu pasukan tercorot kumpulan G tidak akan dikira bagi penentuan tempat kedua terbaik untuk layak ke saingan akhir.

Baca juga artikel lain yang telah kami sediakan untuk rujukan anda sebagai peminat bola sepak sebenar.

Suphanat Mueanta Tidak Akan Beraksi Bertemu Malaysia U19, Sertai Persiapan Skuad Kebangsaan Ke Bukit Jalil

Akira Nishino: Kami Tidak Bimbang Mengenai Padang Stadium Nasional Bukit Jalil, Fokus Persiapan Pasukan

‘Thais Strike Back’: Inisiatif Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) Galakkan Pemain Tempatan Menjaringkan Gol

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group