Pasukan kebangsaan Thailand menerima tamparan hebat menjelang perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila kehilangan khidmat pemain bintang mereka, Chanathip Songkrasin akibat kecederaan.

Perkara ini diumumkan oleh laman media sosial rasmi pasukan, Changsuek pada semalam dimana mereka menyatakan pemain Consadole Sapporo itu mengalami kecederaan otot dan tidak dapat beraksi selama dua minggu sekaligus tidak dapat diturunkan pada perlawanan persahabatan menentang Congo pada 10 Oktober dan juga UAE lima hari kemudian.

#ChangsuekBreakingNewsOFFICIAL : "ชนาธิป" ถอนช้างศึกชุดดวล คองโก และ ยูเออี อากิระ นิชิโนะ…

Posted by ช้างศึก on Sunday, 6 October 2019

Chanathip mengalami kecederaan otot ketika beraksi bersama Consadole menentang Gamba Osaka dalam saingan J1 dimana Consadole tewas dengan keputusan 5-0. Setelah pihak Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) membuat perbincangan dengan pihak kelab dan membuat pemeriksaan lanjut, Chanathip terpaksa diketepikan dimana beliau harus berehat sekurang-kurangnya selama dua minggu.

Dengan ketiadaan Chanathip, pemain muda yang sedang meningkat naik, Supachok Sarachat dijangka bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain yang mesra disapa “Messi Jay” itu bagi membantu pemain seperti Teerasil Dangda dan Supachai Jaided di bahagian serangan pasukan.

Thailand

Thitipan Puangchan

Supachok berjaya menjaringkan dua gol ketika Thailand memperoleh tiga mata pertama dalam kempen kelayakan dengan menewaskan Indonesia dengan keputusan 2-0.

Sebelum ini, pasukan kendalian Akira Nishino itu kehilangan khidmat pemain tengah yang juga beraksi dalam saingan J League, Thitipan Puangchan serta pemain pertahanan, Tristan Do yang mengalami kecederaan ketika perlawanan pertama kempen kelayakan bertemu pasukan Vietnam bulan lalu.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Thailand di sini:

Thailand Sambar Khidmat Bintang Muda Fulham FC

Elias Dolah Akhirnya Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan Thailand

Akira Nishino: Thailand Tidak Akan Daftarkan Pemain Senior Dalam Skuad Sukan SEA 2019

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group