Thailand akhirnya berjaya membawa pulang 3 mata penuh selepas menumpaskan pasukan bimbingan Simon McMenemy dengan keputusan 3-0 dalam perlawanan kedua mereka yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno semalam.

Penyerang muda Thailand yang beraksi dengan kelab Buriram United, Supachok Sarachat membuka jaringan 10 minit selepas permainan separuh masa kedua dimulakan. ‘Placing Shot‘ oleh pemain berusia 21 tahun ini dari luar kotak penalti gagal dicapai oleh penjaga gol Indonesia disebelah kiri gol.

69698303_2658696840861672_6742656900153737216_n

Theerathon Bunmathan yang beraksi untuk Yokohama F Marinos menambah jaringan gol pada minit ke 63 melalui sepakan penalti yang diberikan selepas kapten pasukan Indonesia, Andritany Ardhiyasa menjatuhkan Supachok dalam disebalah kanan pintu gol dalam kawasan 6 ela.

supachok sarachat

8 minit berselang, gandingan Theerathon Bunmathan dan Supachok Srachat disebelah kiri kawasan penalti Indonesia sekali lagi berjaya memperdayakan barisan pemain Indonesia selepas Supachok menyudahkan aksi satu dua mereka dengan satu percubaan leret ke arah gol, gagal dikekang oleh 4 pemain Indonesia.

theerathon

Perlawanan di Stadium Utama Gelora Bung Karno semalam hanya dihadiri oleh 11,619 orang penonton sahaja, lebih 80% kurang berbanding ketika bertemu Malaysia minggu lepas.

Dengan kemenangan itu, Thailand mengungguli carta kedudukan dalam kumpulan G mengumpul 4 mata dari 2 perlawanan diikuti oleh UAE berkongsi mata dengan Malaysia dan hanya dipisahkan oleh perbezaan jaringan.

Thailand akan menanti kunjungan pasukan UAE dalam perlawanan seterusnya yang dijadualkan pada 15 Oktober 2019 di Bangkok.

Baca artikel bola sepak Thailand yang menarik seperti dibawah.

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun

Jualan Tiket Perlawanan Indonesia Menentang Thailand Sendu

Thailand Umum 23 Pemain Terbaik Hadapi Vietnam Dan Indonesia