Pasukan B-22 tahun Thailand menerima tamparan hebat apabila kehilangan khidmat pemain muda yang sedang meningkat naik, Ekanit Panya akibat daripada kecederaan lutut kanan bagi menghadapi temasya Sukan SEA 2019 di Filipina.

Kecederaan ini dialami ketika Ekanit beraksi bersama pasukan senior Thailand pada perlawanan menentang Vietnam dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 minggu lalu.

Thailand
Ekanit Panya

Hasrat Thailand bagi mencari pengganti Ekanit nyata tidak kesampaian apabila undang-undang yang telah ditetapkan oleh tuan rumah bagi acara bola sepak ialah pasukan hanya dibenarkan membuat pertukaran pemain melibatkan posisi penjaga gol sahaja.

Menurut pasukan perubatan skuad kebangsaan Thailand, Ekanit perlu menjalani pembedahan pada 25 November ini. Sekiranya pembedahan tersebut berjalan lancar, pemain yang beraksi bersama Chiangrai United ini akan berehat selama dua bulan.

Selain kehilangan khidmat Ekanit, Akira Nishino turut kehilangan khidmat pemain pertahanan tinggi lampai, Marco Ballini dimana pemain berdarah kacukan Thailand-Itali itu mengalami kecederaan ketika sesi latihan sebelum senarai akhir dikeluarkan.

Thailand
Sumber Gambar: Soccer Thailand

Dengan ketiadaan Ekanit, maka skuad Gajah Perang akan beraksi dengan 19 pemain sahaja dan perkara ini nyata membuatkan Nishino resah tatkala Ekanit merupakan watak utama di bahagian serangan.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Thailand di sini:

Ekanit Panya Terpaksa Digugurkan Daripada Skuad Sukan SEA Thailand

Akira Nishino Mahu Gunakan Barisan Pemain Baharu Tahun Hadapan

Pembantu Jurulatih Thailand Ejek Park Hang Seo Pendek, Vietnam Buat Aduan Rasmi Ke AFC