Skuad B-23 tahun Thailand tidak dapat menggunakan khidmat salah seorang pemain yang beraksi di Eropah, Thanawat Suengchitthawon bagi menghadapi saingan kelayakan AFC B-23 tahun pada Oktober ini.

Menurut ketua jurulatih sementara, Anurak Srikerd beliau mahu membawa Thanawat bagi beraksi di peringkat kelayakan kerana pemain itu merupakan salah satu pemain muda terbaik yang dimiliki oleh skuad Gajah Perang.

Leicester City
Sumber Gambar: Changsuek

Namun, jadual perlawanan kelayakan AFC B-23 tahun bertembung dengan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) B-23 tahun dimana Leicester City dijadualkan menentang empat pasukan iaitu Crystal Palace, Manchester United, Brentford dan Arsenal.

Perkara ini nyata menghalang Thanawat untuk beraksi bersama Thailand kerana saingan peringkat kelayakan tidak berada dalam kalendar FIFA sekaligus sukar untuk mendapatkan pelepasan daripada pihak kelab.

Selain itu, protokol COVID-19 yang memerlukan tempoh kuarantin bagi mana-mana pemain yang tiba dari luar negara juga menjadi salah satu faktor mengapa pemain berusia 21 tahun itu tidak akan beraksi bersama Thailand.

Leicester City
Sumber Gambar: Changsuek

Meskipun kehilangan khidmat Thanawat, namun Thailand masih mempunyai beberapa nama besar yang lain seperti Ben Davis, Supachai Jaided dan Suphanat Mueanta dan Ekanit Panya bagi memperkuatkan pasukan.

Thailand diundi bersama Malaysia, Laos dan Mongolia dalam Kumpulan J dan perlawanan kelayakan akan berlangsung di Mongolia dari 27 hingga 31 Oktober 2021.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Gary Steven Robbat Buru Minit Permainan Yang Banyak Bersama Melaka United

ZamSaham Bantu Lunas Tunggakan Gaji Pemain PSPS Riau Musim 2018

Pemain B-19 Tahun Kelab Divisyen Lima Jerman Bakal Perkuatkan Skuad B-20 Tahun Negara